Harian Metro

Keena Mentor berkubur

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Serius mahu aktif semula dalam karier nyanyianny­a yang seakan sepi, Keena Mentor, 30, rancak mengatur strategi.

Antaranya, Keena atau Suriana Abdul Wahab memberitah­u dia akan muncul dengan nama pentas yang baru buat peminatnya.

Seiring dengan genre dangdut yang menjadi pilihannya, Keena berkata, mulai 2018 dia mahu dikenali sebagai Keena Prasista.

“Terus terang, nama pentas Keena Prasista ini dipilih atas persetujua­n syarikat rakaman baru saya, Rousing Muses Pictures.

“Sudah tiba masanya untuk saya tampil dengan nama pentas baru lepas sekian lama dikenali sebagai Keena Mentor.

“Memang kalau diikutkan hati, saya sangat sayangkan nama Keena Mentor itu kerana peminat pun sudah biasa dengannya .

“Apapun, mengambil kira juga langkah baru saya membina semula karier nyanyian sewajarnya sedikit perubahan dilakukan,” katanya.

Keena berkata, semoga nama pentas baru Keena Prasista itu membantu dia mengorak langkah membina nama sebagai penyanyi.

Turut aktif sebagai pelakon, Keena juga tidak ketinggala­n membabitka­n dirinya dalam bidang perniagaan. Tahun lalu, Keena melancarka­n produk minyak wanginya sendiri.

Biarpun masih mentah mengumpul pengalaman dalam perniagaan,

Keena bersyukur dengan pencapaian diraihnya. Pada majlis Anugerah Kecemerlan­gan Perniagaan Selangor 2017 baru-baru ini, Keena terharu dirinya turut dipilih sebagai penerima.

Menurut Keena, dia terkejut dan tidak menyangka dipilih menerima anugerah itu kerana baru saja memulakan perniagaan.

“Apa yang boleh dikatakan, saya sangat bersyukur dan gembira dengan penerimaan anugerah berprestij ini.

“Secara tidak langsung, ia menjadi penyemarak semangat saya untuk terus berusaha memantapka­n perniagaan diusahakan.

“Setakat ini, saya akui urusan perniagaan saya dijalankan secara secara sederhana kerana fokus utama masih pada karier seni,” katanya.

Keena yang menyertai program Mentor musim ketiga pada 2009 berkata, minatnya terhadap seni sangat menebal.

“Walaupun jika diukur pada aspek populariti, saya agak jauh tetapi sekurang-kurangnya kelompok peminat sudah ada.

“Bagi saya, tidak mudah meyakinkan masyarakat untuk menerima bakat seni saya yang sudah tujuh tahun diperjuang­kan.

“Tidak dinafikan, perjalanan saya untuk membina nama dan karier dalam industri seni ini agak berliku. Namun, saya cekalkan hati,” katanya.

Keena yang mula menyerlah dalam lakonan, banyak mendapat peluang melakonkan watak antagonis. Menurut wanita berambut keriting ini lagi, dia tidak bersikap cerewet dalam memilih watak.

“Saya sangat bersyukur dengan peluang yang diterima. Bagi saya, itu lebih penting dan soal watak tidak perlu dipertikai­kan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia