Harian Metro

Jumanji seronok ditonton

-

Evolusi filem Jumanji daripada bercerita mengenai magis permainan papan kepada permainan video adalah cara bijak produksi kreatif untuk membawa kembali filem yang pernah popular dua dekad lalu.

Ia juga cara terbaik untuk menarik perhatian penonton generasi ini untuk mencabar diri bermain permainan itu dengan lebih menarik.

Jujur dikatakan, skeptikal memang wujud da lam diri penonton tatkala idea untuk kembalikan filem ini kepada edisi yang segar.

Dengan adanya perubahan pada konsep penceritaa­n di mana pemain masuk ke dalam dunia permainan, bukan permainan itu keluar ke realiti adalah sesuatu yang unik.

Idea untuk menarik pemainnya masuk ke dalam permainan dan dipaksa bermain sebagai karakter, bertentang­an dengan peribadi asal pemain.

Situasi inilah yang mengujakan penonton kerana para pemain terpaksa mengadapta­si kepada premis dan watak yang dipaksa dibawa mereka.

Dwanye Johnson, Kevin Hart, Jack Black dan Karen Gillan adalah gandingan yang cukup menghiburk­an.

Mereka inilah yang menjadikan filem ini seronok ditonton kerana mempunyai lengkungan karakter yang menarik.

Malah, skrip dan dialog mereka pada babak komedi berjaya membuatkan penonton terhibur. Begitu juga pada babak aksi, drama dan romantik yang dicanai dengan sempurna.

Filem ini tetap ada kelemahan tersendiri, terutama pada lengkungan karakter watak antagonis Bobby Cannavale sebagai Dr Van.

‘Kejahatan’ Dr Van tidak diberi ruang yang besar sedangkan karekter Dr Van setanding antagonis filem adiwira Hollywood popular lain.

Apa sekali pun, filem ini wajib jadi tontonan peminat filem Jumanji versi 1990an dan baru. Jika anda tidak ketawa dengan keletah Kevin Hart atau Jack Black, rasanya hidup anda tidak akan lengkap.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia