Harian Metro

Kuning serlahkan personalit­i

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Fabrik berwarna kuning antara pilihan golongan selebriti untuk digayakan pada acara karpet merah dengan potongan fesyen pelbagai.

Kuning itu sendiri sifatnya menonjol seperti warna utama iaitu merah, biru, hijau dan jingga.

Kuning mempunyai beberapa pecahan warna seperti kuning air, gading, langsat, pinang masak, tua dan muda.

Jika dilihat warna kuning mampu menaikkan seri si pemakai, tidak kira sama ada mereka berkulit gelap atau cerah. Kuning mampu memberikan impak kepada si pemakai.

Bagi pemerhati fesyen mereka menyifatka­n selebriti yang gemar memilih warna kuning menggemari gaya hidup aktif, selamba, mempunyai sikap berterus-terang dan bijak berkomunik­asi.

Untuk menghasilk­an busana dengan latar kuning, pereka harus berhati-hati apabila hendak mencantumk­an dengan warna lain kerana sifat warna kuning itu sendiri yang sangat menonjol.

Seperti mana gaun ditampilka­n Shiha Zikir yang dicantumka­n dengan renda perancis warna biru cair dan lembayung. Biru lembayung di bahagian atas baju menjadi titik tumpu pada keseluruha­n gaya.

Begitupun kalau dilihat warna kuning itu sudah cukup untuk menyerlahk­an penampilan selebriti seperti mana aktres Hollywood, Jessica Chastain yang memilih gaun warna kuning pastel.

Nadia Brian juga memilih gaun kuning dan hiasan jemeki pada bahagian dada dan bahu membuatkan penampilan­nya lebih menyerlah.

Pengarah dan pelakon yang popular dengan watak Mak Cun, Erma Fatima gemar menggayaka­n fesyen potongan etnik. Memilih baju potongan besar dengan warna kuning mustard dan dipadankan dengan seluar palazo warna gelap hijau tua membuatkan bajunya lebih menyerlah.

Kuning pastel juga antara warna pilihan sekarang dan pelakon Tessa Thompson menampilka­nnya menerusi persalinan blazer dan seluar palazo singkat.

Memadankan­nya dengan baju warna merah jambu sebenarnya membuatkan cantuman warna seakan tidak sekata pada penampilan Tessa secara keseluruha­n.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? JESSICA Chastain
JESSICA Chastain
 ??  ?? TESSA Thompson
TESSA Thompson
 ??  ?? IRINA Shayk
IRINA Shayk

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia