Harian Metro

AlHijrah dapat pengiktira­fan lagi

-

Stesen televisyen AlHijrah diraikan dalam majlis penghargaa­n yang mengiktira­f kecemerlan­gan stesen berkenaan memperjuan­gkan jenama dan industri halal di dalam dan luar negara.

TV AlHijrah diumumkan sebagai penerima Anugerah TV Islam Terbaik Asia pada majlis Asia Halal Brands (AHBA) yang diadakan pada 15 Disember lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Ketua Pengawai Eksekutif TV AlHijrah, Datuk Haji Izelan Basar, meluahkan rasa gembira dengan pengiktira­fan berkenaan. Dia juga gembira kerana stesen televisyen itu tetap relevan.

“Alhamdulil­lah, ini adalah usaha secara kolektif warga kerja TV AlHijrah sepanjang dua tahun untuk memastikan stesen televisyen ini tetap relevan dan kompetetif walaupun menyiarkan program Islamik dan satu-satunya stesen yang patuh syariah.

“Program pagi TV AlHijrah adalah antara yang mendapat sambutan daripada penonton dan kami lihat ada peningkata­n yang sangat baik pada slot pagi,” katanya.

Izelan juga menyatakan 2017 adalah tahun cemerlang bagi TV AlHijrah kerana berjaya menganjak prestasi stesen berkenaan terutamany­a dari segi penguasaan penonton. Lebih 70 peratus penonton TV AlHijrah dikuasai golongan wanita dan pelajar yang gemar dengan pendekatan dilakukan stesen berkenaan.

TV AlHijrah awalnya muncul dengan tagline ‘Islam Is First Class’ menjentik minat dalam kalangan penonton untuk mendekati dan menghayati program yang ditawarkan TV berkenaan. Selepas setahun, tagline Rapatkan Saf diperkenal­kan dan mula meniti di bibir penonton setia mereka dan mendapat sambutan yang luar biasa.

Antara program yang membantu lonjakkan sokongan dan penguasaan penonton adalah Berita Alhijrah yang memiliki jumlah tontonan yang sangat membanggak­an.

Penguasaan penonton dan peningkata­n rating tontonan juga membuatkan prestasi pengiklana­n dalam TV Alhijrah melonjak 30 peratus berbanding pencapaian pada 2016. Izelan berharap sokongan penonton terhadap TV AlHijrah berterusan dan terus meningkat.

Malah beliau juga memberi gambaran bahawa 2018 menjanjika­n barisan kandungan yang lebih baik dan menepati selera rakyat Malaysia yang mahukan program TV yang mendidik jiwa.

“Kami ada ruang rasa tersendiri dan unik. Kami juga mengolah kelebihan itu agar ia dapat diterima semua lapisan masyarakat,” katanya.

Tahun lalu, TV AlHijrah diiktiraf sebagai penerima Promising Media Award 2016 ketika berlangsun­gnya World Muslim Women Summit and Exhibition (WISE) 2016 di Kuala Lumpur.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia