Harian Metro

Hidup bebas dalam air

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my

Berada dalam lautan kebiruan, menyaksika­n gemalai tarian fauna lautan dan keindahan warna-warni batu karang membuka dimensi baru dalam kehidupan Riza Faisal Mohammed Kandar yang disahkan orang kurang upaya (OKU) sejak 16 tahun lalu.

Berada dalam keadaan graviti sifar di dalam laut memberi kepuasan kepada pemegang Lesen Profession­al Associatio­n of Diving Intructors (PADI) Scuba Diver ini untuk bergerak bebas seperti insan normal lain.

Berpeluang mengikuti Program OKU DiveHeart di Pulau Mabul dan Pulau Sipadan, Sabah pada 4 hingga 11 Disember lalu, lelaki berusia 34 tahun ini menyifatka­n peluang menyelam skuba di destinasi popular dunia seakan mimpi jadi kenyataan.

Berkongsi persediaan dilakukan lelaki berasal dari Sungai Besar, Selangor ini, mula mengikuti kursus menyelam skuba sejak April 2016 selama empat bulan.

“Disebabkan kekangan keupayaan diri membuatkan saya serta 12 rakan lain mengambil masa agak lama. Tambahan pula, latihan diadakan setiap dua minggu sekali.

“Sebenarnya saya tidak pernah terfikir melakukan sukan ekstrem ini. Apabila ditawarkan, saya melihat ia satu cabaran untuk keluar dari zon selesa.

“Permulaann­ya, saya agak gusar untuk turun ke kolam renang sedalam enam meter kerana saya tidak mampu menggerakk­an separuh badan dari pinggang ke bawah.

Sebelum ini, aktiviti saya bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda.

“Apabila diajar mengenai peralatan menyelam skuba, teknik pernafasan, kaedah mengimbang­kan badan dan mengawal tekanan

Kesakitan ditanggung Riza hilang

sebaik menyelam dalam laut Sebenarnya saya tidak pernah terfikir melakukan sukan ekstrem ini. Apabila ditawarkan, saya melihat ia satu cabaran untuk keluar dari zon selesa

ketika berada di dalam air, perlahan-lahan saya berjaya menepis ketakutan itu,” katanya.

Pengalaman menyelam skuba di Pulau Tioman pada November 2016 memberi kelebihan kepada Riza

Faisal untuk beraksi di Pulau Mabul dan Sipadan.

Andai orang normal menuruni bot secara terlentang, sebaliknya pula OKU yang perlu turun sama ada badan menghadap laut ataupun menjatuhka­n badan dari tepi.

Diiringi tiga penyelam skuba yang lain bagi memastikan keselamata­n Riza Faisal, pada sesi selaman skuba pertama, dia mengakui agak gugup namun berbeza bagi sesi seterusnya di Pulau Sipadan.

“Sesi menyelam skuba kedua, saya mula rasa selesa dan seronok apabila menyaksika­n keunikan flora dan fauna yang terdapat di kedalaman 20 meter.

“Selain melihat

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SYED ABDUL RAHMAN
SYED ABDUL RAHMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia