Harian Metro

‘Nasi lemak satu bos’

- Nurul Husna Mahmud nurul_husna@hmetro.com.my

Abhinav mudah sesuaikan diri dengan gaya

hidup, makanan masyarakat Malaysia

Tidak seperti ibu kota lain di Asia yang padat dengan penduduk dan dikeliling­i hutan konkrit, Kuala Lumpur masih ideal sebagai lokasi untuk Abhinav Sharma menjalani kehidupan damai.

Berasal dari Mumbai, kota kedua terbesar di India yang mempunyai 21.3 juta populasi, dia menyifatka­n Kuala Lumpur menepati ciri yang dicari dari segi fasiliti mahupun gaya hidup idamannya.

Bahkan Malaysia sering menjadi pilihan sebagai destinasi pelanconga­n orang tuanya yang menyifatka­n Kuala Lumpur sebagai bandar paling hijau pernah mereka kunjungi ketika ini.

1. Bila kali pertama berkunjung ke Malaysia?

Saya membuat keputu san berhijrah ke Malaysia pada 2005 disebabkan tawaran bekerja selain mempunyai kenalan di sini.

Sebelum ini saya tinggal di Shanghai, China tetapi mula berubah angin kerana mahu kehidupan lebih santai dan relaks. Gaya hidup metropolit­an di Shanghai tidak sesuai dengan saya kerana kota itu terlalu padat dengan orang.

Begitu juga dengan bandar Asia lain seperti Jakarta (Indonesia), Manila (Filipina) mahupun Singapura yang saya rasa terlalu ramai orang memenuhi satu kawasan kota.

Saya mengambil keputusan merantau ke Kuala Lumpur kerana ia kota menarik dan tidak sepadat bandar lain di rantau Asia ini.

2. Sejauh mana persepsi anda mengenai negara ini sebelum tiba?

Ini menarik. Biasalah saya membuat sedikit tinjauan dengan rakanrakan. Maklumat saya terima ialah Malaysia sebuah negara Islam semestinya tanggapan awal tidak begitu positif.

Saya bayangkan Malaysia ini seperti Arab Saudi dan mungkin gaya hidupnya sedikit radikal seperti Negara Teluk lain. Malah orang tua saya juga awalnya menghalang niat saya untuk bekerja di Malaysia.

Saya terfikir hidup saya pastinya sangat terbatas dan bukan mudah untuk menyesuaik­an diri tetapi ia jauh meleset. Malaysia adalah negara Islam yang sangat toleransi dan terbuka.

3. Bagaimana pengalaman anda dengan makanan tempatan?

Saya tiada masalah menyesuaik­an diri kerana Malaysia adalah syurga makanan. Makanan Melayu dan mamak antara hidangan paling selesa buat saya.

Nasi kandar antara menu pertama yang banyak membantu saya mudah mengisi perut di sini kerana rasanya tidak jauh beza dengan menu hidangan asal.

Malah hidangan kesukaan saya ialah nasi lemak dan sehingga hari ini hampir setiap pagi saya menikmatin­ya.

4. Pengalaman menarik anda sepanjang di sini?

Saya pernah menghadiri majlis keramaian antaranya perkahwina­n rakan saya berbangsa Cina dan Melayu. Tetapi paling menarik ialah ketika menghadiri majlis rakan sekerja saya iaitu Melayu bersama pasanganny­a yang juga warga asing.

Saya berpeluang menghadiri majlis bermula dari hari sebelumnya iaitu malam berinai sehinggala­h kepada persanding­an dan kemudianny­a majlis resepsi ala kebaratan untuk sebelah suaminya.

Di sini saya memahami perkahwina­n dua budaya berlainan berlangsun­g secara harmoni. Memang sesuatu yang menarik untuk mengenali budaya tempatan dengan menghadiri majlis perkahwina­n. Saya seronok dengan pengalaman itu.

Majlis perkahwina­n di Malaysia jauh lebih ringkas berbanding di India yang biasanya berlangsun­g sehingga 15 hari hanya untuk

meraikan pasangan.

5. Lokasi pilihan anda? Melaka, Pulau Pinang dan Cherating, Pahang. Pertamanya saya sukakan aktiviti air dan kedua disebabkan lokasi ini mempunyai makanan menarik.

6. Bagaimana dengan bahasa tempatan?

Saya datang dari utara India manakala komuniti di sini kebanyakan­nya berasal dari selatan India. Jadi banyak perkara mengenai bahasa mahupun gaya hidup komuniti India Malaysia saya tidak tahu.

Tetapi uniknya berbanding etnik India Malaysia, saya lebih ramai kenalan Melayu dan Cina. Mengenai penguasaan bahasa ketika ini hanya mampu bercakap ayat ringkas contohnya ‘kurang manis’, ‘teh tarik’, ‘nasi lemak satu bos’. Setakat ini, itu yang saya sempat pelajari.

7. Apakah benda masih asing bagi anda?

Saya masih tidak boleh menerima rasa durian. Rasanya pelik dan saya tidak menyukainy­a. Lucunya abang ipar saya sangat sukakan buah eksotik itu.

 ??  ?? PROFIL
NAMA: Abhinav Sharma
UMUR: 49 tahun. STATUS: Bujang ASAL: Mumbai India. KERJAYA: Ketua Perancang Geometry Global.
PROFIL NAMA: Abhinav Sharma UMUR: 49 tahun. STATUS: Bujang ASAL: Mumbai India. KERJAYA: Ketua Perancang Geometry Global.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia