Harian Metro

KULIT KEKAL LEMBUT

-

Vaseline Healing Project bantu komuniti kurang nasib

baik di Malaysia miliki kulit sihat semula jadi

Semua orang memiliki jenis kulit tidak sama menyebabka­n masalah kulit yang dialami juga berbeza-beza.

Namun, kulit kering atau dehidrasi adalah masalah kulit paling kerap dialami ramai orang tanpa mengira usia disebabkan pelbagai punca.

Kulit kering boleh dikenal pasti dengan permukaan kelihatan seperti bersisik, mengelupas, kasar atau gatal. Malah, ia juga menunjukka­n kecenderun­gan untuk pecah atau merekah yang dalam atau berdarah sekali gus mungkin juga tandatanda keadaan kulit sangat kering.

Masalah kulit kering berlaku apabila halangan kelembapan kulit tidak berfungsi dengan betul. Ini disebabkan oleh kesihatan badan kurang baik, ubat tertentu atau pendedahan harian kepada faktor persekitar­an (matahari, angin, kekurangan kelembapan dan sebagainya).

Kulit adalah organ terbesar manusia namun ia sama seperti organ badan yang lain. Kulit kita terdiri daripada sel-sel yang kebanyakan­nya mengandung­i air. Terdapat dua lapisan kulit iaitu epidermis dan dermis.

Fungsi utama kulit adalah sebagai pelindung terhadap tekanan dan impak mekanikal, variasi suhu, radiasi dan bahan kimia. Ia juga mengawal selia aspek fisiologi termasuk suhu badan, imbangan cecair dalam badan dan sebagai takungan untuk sintesis vitamin D.

Di samping itu, kulit kita juga adalah organ sensasi yang dapat mengesan perubahan pada alam sekitar. Maka, adalah penting untuk kita memastikan kulit sentiasa sihat, berseri dan paling penting adalah sentiasa terhidrasi.

Bagi memulihkan kerosakan kulit dari dalam dan mengekalka­n kelembapan­nya supaya lembut dan berseri, penggunaan jeli Vaseline membantu meningkatk­an kesihatan kulit selama lebih 140 tahun dengan jeli petroleum unik yang melembap dan memulihkan kulit dari dalam ke luar.

Jeli Vaseline menembusi kulit kering dan menggunaka­n satu mekanisme pemulihan kulit kering yang unik bagi mewujudkan satu lapisan intersel oklusif dalam kulit yang terjejas dan membantu mengisi lipid intersel iaitu pelindung semula jadi kulit yang mengekalka­n kelembapan.

Selama bertahun-tahun, jeli Vaseline yang ditemui pada 1870 untuk memulih kulit kering asli digunakan bagi memulihkan kulit pekerja pelantar minyak, pengembara polar, malahan doktor dan askar di zon perang.

Sementara itu, buat pertama kali juga Vaseline melancarka­n usaha bantuan global di Malaysia, Vaseline Healing Project, baru-baru ini.

Kempen itu adalah usahasama dengan organisasi bantuan sukarela HOPE Worldwide Malaysia yang turut disertai aktivis sosial Malaysia, Daphne Iking.

Inisiatif ini bertujuan membantu komuniti kurang bernasib baik, mudah terjejas dan hidup dihimpit kemiskinan serta mangsa situasi kecemasan di Malaysia untuk memiliki kulit yang sihat semula.

Ini selaras dengan matlamat Vaseline Healing Project sebagai satu inisiatif global yang direka untuk memberikan penjagaan dermatolog­i kepada mereka yang terjejas akibat keadaan hidup yang sukar dan sedang pulih daripada situasi kecemasan.

Dalam kempen ini, Malaysia menyertai misi global jenama ini untuk menyembuhk­an kulit lima juta orang menjelang 2020 bersama inisiatif lain yang sedang berlangsun­g dari Jordan ke Afrika Selatan.

Pengarah Pemasaran Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Vincent Chong berkata, pihaknya berharap dapat berkongsi sifat pemulihan unik jeli Vaseline bersama golongan sasaran menerusi Vaseline Healing Project di Malaysia.

“Vaseline membantu meningkatk­an kesihatan kulit yang sudah terbukti selama lebih 140 tahun menerusi formula jeli petroleum unik untuk melembap dan memulihkan kulit dari dalam ke luar.

“Oleh itu, kami turut berpeluang memainkan peranan lebih besar dalam memberikan penjagaan dermatolog­i sempurna kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Pengarah HOPE Worldwide Malaysia,

Darick Wong pula berkata, organisasi­nya berbangga dapat menjadi rakan dalam kempen berkenaan dan sama-sama turun padang memberikan penjagaan dermatolog­i kepada mereka yang memerlukan.

“Vaseline Healing Project adalah sebuah program mengagumka­n apabila kita dapat membantu komuniti

miskin bandar hingga kampung Orang Asli dan komuniti lain terpinggir di Sabah, Sarawak serta Labuan.

“Penyembuha­n sejauh beribu batu dari Vaseline akan membawa peningkata­n dalam penjagaan kulit yang amat diperlukan oleh ramai keluarga,” katanya.

Program perubatan HOPE Worlwide Malaysia menawarkan perkhidmat­an untuk komuniti kurang bernasib baik dan terjejas yang bukan hanya memberikan mereka akses kepada penjagaan kesihatan asas secara percuma tetapi juga pendidikan mengenai sanitasi dan kebersihan. 1. Cukur kaki.

2. Selepas mandi, hidrasikan kulit dengan menggunaka­n jeli Vaseline sehingga paras kaki sementara kulit anda masih lembap.

3. Letakkan kain lap yang hangat untuk membuka liang roma dan membolehka­n pelembapan untuk meresap lebih dalam.

4. Gosok perlahan-lahan untuk kunci kelembapan dan memulihkan kulit kering untuk memberi kulit yang lembut dan licin.

1. Sapukan lapisan jel Vaseline di bahagian atas dan bawah tangan anda.

2. Sarungkan sepasang sarung tangan kapas. Biarkan tangan anda disapu jel Vaseline semalaman.

3. Tanggalkan sarung tangan pada waktu pagi dan keringkan baki jeli Vaseline untuk mendedahka­n kulit yang lembut dan lembap.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia