Harian Metro

Pejabat ibarat rumah

- Aniza Zainudin

“Pejabat ummi dan abah, rumah kami juga.” Ucapan sering diutarakan empat cahaya mata milik pasangan pegawai polis, Inspektor Nooraini Ali dan Inspektor Mohd Mua’zam Mohd Nawawi yang bertugas di Bukit Aman.

Berkhidmat di Cawangan Urusetia/Kawalan Lalulintas (Modenisasi), Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT), yang menjurus ke arah urusan pentadbira­n dan modenisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM), waktu bekerja Nooraini mengikut waktu pejabat.

Namun seperti pegawai polis yang lain, wanita ini masih tidak terlepas daripada tugasan luar atau bertugas ketika cuti umum serta musim perayaan.

Berbeza pula bagi suaminya yang berkhidmat di Cawangan Gerakan, Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam tidak terhad seperti waktu pejabat, malah kebarangka­lian bertugas pada hujung minggu juga tinggi.

“Bertugas di jabatan berbeza bagi memikul amanah menjaga negara dan kesejahter­aan masyarakat, sebenarnya waktu untuk bersama suami agak terhad.

“Berkhidmat dalam bidang kepolisan di bangunan yang sama, bukanlah satu kelebihan untuk kerap bertemu mahupun bertembung dengan suami. Masingmasi­ng mempunyai tanggungja­wab sendiri.

“Boleh dikatakan kurang daripada empat jam sehari kami dapat bersembang mengenai keluarga mahupun kerja di rumah.

“Memiliki empat anak yang sedang membesar, selalunya saya dan suami saling bertolak-ansur untuk menguruska­n anak.

“Isu timbul apabila tuntutan kerjaya memerlukan kami bertugas atau menghadiri program pada hari dan waktu yang sama.

“Selain meminta bantuan tetangga menjaga anak, kami juga terpaksa membawa mereka ke pejabat sekiranya bertugas pada hujung minggu,” katanya.

Jika ada waktu terluang, Nooraini dan suami sentiasa membuat perancanga­n awal melakukan aktiviti bersama anak bagi memastikan proses pembesaran mereka ke arah lebih positif.

Kesibukan masa menguruska­n kerjaya dan keluarga, tidak membantutk­an pasangan suami isteri yang mendirikan rumah tangga sejak lapan tahun lalu ini mencuri waktu untuk keluar cuma berdua bagi mengeratka­n lagi kasih sayang antara mereka.

Tidak sekadar melihat sisi negatif, Nooraini lebih optimis apabila berbicara mengenai perkongsia­n kerjaya bersama suami.

Baginya, kepercayaa­n, sokongan, toleransi dan kefahaman antara satu sama lain membuatkan hubungan mereka lebih erat.

“Dia bukan sekadar suami ataupun bapa kepada anak, dia adalah rakan sekerja saya dan sering bersama dalam proses pembanguna­n kerjaya, keluarga mahupun kendiri,” katanya yang akan terus menabur khidmat kepada negara.

 ??  ?? INGIN pastikan proses tumbesaran anak yang positif.
INGIN pastikan proses tumbesaran anak yang positif.
 ??  ?? MENYOKONG antara satu sama lain.
MENYOKONG antara satu sama lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia