Harian Metro

GAYA URBAN LASAK

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

BMW G 310 GS ideal untuk kegunaan harian

dan hujung minggu

(Paparan ini boleh ditonton dalam Berita TV9 hari ini jam 12 tengah hari

dan 8 malam) Sebagai model paling ‘bongsu’ dalam segmen Adventure untuk BMW, jentera G 310 GS adalah jentera yang bukan sahaja lasak, malah sesuai untuk pelbagai tujuan dan kegunaan.

Dilancarka­n Oktober lalu, model ini menerima sambutan memberangs­angkan untuk kategori bawah 500cc terutama mereka yang inginkan motosikal jenama premium.

Dikuasakan enjin empat lejang DOHC 313cc silinder tunggal sejukan cecair, ternyata jentera ini mudah dikawal terutama ketika menempuh kesesakan jalan raya selain tunggangan jarak jauh.

Malah G 310 GS yang dikenali dengan konsep ‘Urban Adventure’ boleh dijadikan jentera tunggangan harian ke tempat kerja atau menjelajah ke laluan off-road sederhana dengan jaminan kepuasan tunggangan.

Faktor ketinggian motosikal memberi kelebihan ketika mengharung­i laluan berair atau melepasi halangan tidak rata.

Motosikal buatan Jerman ini dijana enjin berkuasa

34PS pada 9,500 rpm dan tork 28Nm pada 7,500 rpm.

Pelana dengan ketinggian 835 milimeter (mm) sesuai untuk ketinggian orang Asia, dibantu fork hadapan terbalik 41 mm dan travel 180 mm serta lengan ayun aluminium bersama topang gegelung pra bebanan boleh laras.

Jika diteliti, reka bentuknya masih mengekalka­n

DNA model GS lain seperti kerangka besi tiub, rekaan lampu dengan dapra hadapan, pelindung angin dan tangki.

Malah sekali pandang, sukar untuk mengenal pasti kapasiti enjin jika tidak melihat nama yang tertera pada fairing motosikal.

Roda hadapan dengan

 ??  ?? MODEL daripada siri GS.
MODEL daripada siri GS.
 ??  ?? BREK cakera tunggal dengan ABS.
BREK cakera tunggal dengan ABS.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia