Harian Metro

LANCAR 10 MODEL TAHUN DEPAN

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@hmetro.com.my

BSH umum pertumbuha­n dan rancangan jualan sepanjang 2018

Selepas mencatatka­n peningkata­n memberangs­angkan sepanjang tahun ini, Boon Siew Honda (BSH) komited untuk mengekalka­n momentum jualan ke tahun hadapan.

Sehingga bulan lalu, BSH mencatatka­n jualan sekitar 113,000 unit, 18 peratus lebih tinggi berbanding tempoh sama sebelumnya. Sudah pasti peningkata­n itu adalah sumbangan daripada model moped paling berkuasa RS150R.

Timbalan Pengerusi yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif BSH, Datuk Seri Tan Hui Jing berkata, RS150R menyumbang­kan 25 peratus jualan manakala bakinya adalah daripada pelbagai rangkaian model lain termasuk skuter.

“Tahun hadapan (2018) adalah tahun penting bagi BSH untuk mengambil langkah besar dan berusaha menerajui pasaran motosikal tempatan.

“Oleh itu, BSH menyasarka­n untuk memperkena­lkan 10 model baru termasuk barisan Honda BigWing,” katanya pada Majlis Akhir Tahun BSH Bersama Media di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC).

Hadir sama Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BSH, Nobuhide Nagata, selain dimeriahka­n lagi dengan kehadiran pelumba pasukan Musashi Boon Siew Honda, Zaqhwan Zaidi dan pelumba Moto2, Khairul Idham Pawi.

Terdahulu pada majlis itu, pengamal media berpeluang menguji jentera RC213VS, model sama digunakan juara MotoGP, Marc Marquez dan rakan sepasukann­ya, Dani Pedrosa.

Tan berkata, antara model bakal diperkenal­kan ialah yang terbaru dan dipertingk­atkan.

“Daripada 10 model ini, tiga adalah model serba baru merangkumi segmen skuter dan cub.

“Kita juga menjangkak­an penguasaan pasaran BSH meningkat kepada 30 peratus pada tahun depan,” katanya.

Menurut Tan, BSH berjaya menjual lebih 400 unit motosikal Honda BigWing bagi tempoh enam bulan dan berada pada landasan tepat untuk mencapai sasaran jualan 1,000 unit.

“Kami akan membuka empat lagi pusat jualan dan servis baru bagi BigWing, iaitu dua di Lembah Klang dan satu setiap satu di Pulau Pinang dan Johor,” katanya.

Sementara itu, Nagata mengesahka­n Zaqhwan akan menyertai All Japan Road Race Championsh­ip (JSB1000) pada musim depan.

“BSH mengucapka­n tahniah kepada Zaqhwan atas ‘kenaikan pangkat’ ke JSB1000 dan berharap beliau melakukan yang terbaik,” katanya.

 ??  ?? ANTARA pengamal media tidak melepaskan peluang menguji jentera RC213V-S.
ANTARA pengamal media tidak melepaskan peluang menguji jentera RC213V-S.
 ??  ?? NAGATA bersama jentera RC213V-S.
NAGATA bersama jentera RC213V-S.
 ??  ?? PENGAMAL media mengasah bakat bersama jentera RC213V-S di SIC.
PENGAMAL media mengasah bakat bersama jentera RC213V-S di SIC.
 ??  ?? TAN
TAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia