Harian Metro

CLARITY JENTERA MASA DEPAN

-

Siapa sangka satu hari nanti jalan raya seluruh dunia dipenuhi kenderaan hijau atau mesra alam dan tiada lagi jentera bertenagak­an bahan api fosil.

Jika kenyataan ini dikeluarka­n 30 tahun lalu, ia mungkin dipandang sinis kerana dunia ketika itu masih kaya dengan hasil sumber petroleum.

Walaupun ada kereta mesra alam diciptakan ketika itu, keupayaann­ya untuk menggantik­an sepenuhnya kenderaan sedia ada masih meragukan banyak pihak. Bukan tiada jurutera mahir tetapi pandangan orang ramai yang kurang yakin terhadap kuasa enjin jentera mesra alam untuk kegunaan harian.

Ternyata perkara itu (mencipta kenderaan hijau) dipandang serius jurutera Honda sebelum syarikat automitf gergasi dunia itu menetapkan Visi 2030 sebagai tahun pengeluara­n kenderaan hijau secara besarbesar­an atau 60 peratus daripada keseluruha­n model keluaranny­a.

Kesempatan penulis melihat, merasai dan memandu uji model Honda Clarity Fuel Cell Vehicle (FCV), Clarity Plug-in Hybrid (PHEV) di Twin Ring Motegi yang terletak di Tochigi Prefecture, Jepun, barubaru ini, memang sangat dinantikan. Terima kasih kepada Honda Malaysia

Sdn Bhd (HMSB) kerana menjadikan kami antara rakyat Malaysia pertama merasai teknologi hijau Honda ini.

Walaupun sekadar memandu dua pusingan di kawasan Active Safety Park 2 terletak bersebelah­an litar dengan tempoh kurang 10 minit, pengalaman merasai sendiri kehebatan teknologi masa depan Honda itu memang sukar dilupakan.

Serba ringkas mengenai kedua-dua model ini, Clarity FCV adalah kereta sedan menyamai model Accord yang digerakkan oleh bahan api sel hidrogen sepenuhnya.

Model ini mampu menawarkan kuasa maksimum 100kW dengan menjadikan bateri Lithium-ion sebagai tangki penyimpana­n bekalan kuasanya. Bateri ini membolehka­n kenderaan bergerak sejauh 700 kilometer (km) manakala hanya tiga minit tempoh diperlukan untuk isian

Model bebas cemar bukti

teknologi mesra alam termaju Honda

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia