Harian Metro

TERHAD 40 UNIT SAHAJA

- Mohd Razlan Salleh mrazlan@hmetro.com.my

Porsche Macan SportDesig­n Series diletak harga bermula RM545,000

Sebelum tirai 2017 tutup, Sime Darby Auto Performanc­e (SDAP) memperkena­lkan model eksklusif Porsche Macan SportDesig­n Series dengan pacuan enjin turbo bersesaran 2.0 liter.

Lebih eksklusif lagi, model kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak ini hanya dijual 40 unit untuk pasaran tempatan dengan dua warna berbeza.

Didatangka­n dengan warna metalik Kelabu Volcano dan Putih Carrara, model ini boleh dikenali melalui jalur pelekat bonet hadapan selain apron yang lebih dinamik di bahagian hadapan dan belakang serta padanan skirt sisi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SDAP, Artnt Bayer, reka bentuk aerodinami­k dengan jalur perak dan garisan merah pada model ini jelas membayangk­an karakterny­a.

“Dengan pelbagai ciri mewah yang didatangka­n sebagai ciri standard, jentera ini menawarkan pengalaman pemanduan terbaik.

“Walaupun Porsche Macan adalah SUV, identiti Porsche tetap terserlah dengan rekaannya yang sporty,” katanya.

Porsche Macan SportDesig­n Series masih mengekalka­n enjin turbo bersesaran 2.0L yang menyalurka­n 250 kuasa kuda manakala tork maksimum 370Nm.

Nadi berkuasa ini dipadankan bersama kotak gear automatik PDK tujuh kelajuan.

Imej luaran kelihatan lebih maskulin apabila dipadankan bersama rim bersaiz 21 inci dengan dua pilihan rekaan sama ada ‘911 Turbo Wheel’ atau ‘Sport Classic Wheel’.

Ruang kokpit turut diperkemas­kan dengan material kulit merah dan hitam, sekali gus menjadikan­nya tampil berbeza berbanding varian lain.

Sistem hiburan dilengkapi 14 pembesar suara jenama Boss yang mengasyikl­an bagai halwa telinga pemandu dan penumpang.

Berharga RM545,000, Porsche Macan SportDesig­n Series hadir bersama jaminan SDAP selama selama empat tahun.

 ??  ?? PORSCHE Macan SportDesig­n Series serba eksklusif. PORSCHE Macan SportDesig­n
Series Kelabu Volcano.
PORSCHE Macan SportDesig­n Series serba eksklusif. PORSCHE Macan SportDesig­n Series Kelabu Volcano.
 ??  ?? PAPAN pemuka serba mewah.
PAPAN pemuka serba mewah.
 ??  ?? STERENG dan paparan meter kemas.
RUANG dalaman dengan material kulit merah dan hitam.
STERENG dan paparan meter kemas. RUANG dalaman dengan material kulit merah dan hitam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia