Harian Metro

WASPADA GANGGUAN MAKAN

-

Setiap wanita mahu memiliki tubuh yang cantik. Kebanyakan wanita mungkin tidak mengalami masalah berat badan atau kegemukan pada usia muda iaitu ketika alam persekolah­an atau remaja.

Namun semakin usia dewasa antara 20-an dan 30-an, pelbagai tekanan hidup boleh mempengaru­hi emosi dan kesihatan mental seseorang wanita terutama disebabkan prestasi akademik yang tidak memuaskan, kegagalan hubungan, perceraian, kemurungan, kesibukan melayan pasangan, tuntutan membesarka­n anak-anak atau tekanan melampau di tempat kerja.

Dalam banyak situasi ekstrem kemurungan, wanita selalunya cari jalan mudah menenangka­n fikiran yang pada kelazimann­ya makanan.

Mengapa wanita memilih untuk makan bagi mencari ketenangan? Kajian mencadangk­an ramai orang mengalami gangguan makan berlebihan sebagai cara menangani kemarahan, kesedihan, kebosanan, kebimbanga­n atau tekanan.

Orang yang mengalami gangguan makan sering berasa tidak terkawal dan makan banyak dalam satu masa (dipanggil ‘binge’). Pengambila­n makanan yang banyak adalah masalah kesihatan serius tetapi orang yang mengalami gangguan makan boleh diubati dengan rawatan sewajarnya.

Penyelidik berpendapa­t punca gangguan makan mungkin berlaku melalui gabungan biologi dan peristiwa hidup seseorang. Gabungan ini termasuk mempunyai gen tertentu, biologi seseorang, penjagaan imej badan dan harga diri, pengalaman sosial, sejarah kesihatan keluarga, dan kadangkala penyakit kesihatan mental yang lain ataupun penyalahgu­naan dadah serta alkohol.

Ramai wanita mengalami gangguan makan menyembuny­ikan tingkah laku mereka kerana malu. Anda mungkin mengalami gangguan makan seandainya seminggu sekali dalam tempoh tiga bulan anda makan berlebihan yang tidak terkawal. Mengalami masalah makan bermakna anda mempunyai sekurangku­rangnya tiga simptom ini:

Makan lebih cepat berbanding biasa

Makan sehingga tidak kenyang sepenuhnya

Makan banyak apabila tidak lapar

Makan kerana malu

Berasa jijik, tertekan atau bersalah selepas melakukan makan keterlalua­n

Ramai tetapi tidak semua wanita mengalami gangguan makan menjadi obes. Bagaimanap­un, kesan gangguan makan menyebabka­n obesiti menimbulka­n risiko masalah kesihatan serius seperti:

Kencing manis

Penyakit jantung Tekanan darah tinggi Kolesterol tinggi Penyakit pundi hempedu Beberapa jenis kanser, termasuk payudara, kanser endometriu­m (sejenis kanser rahim), kolorektal, buah pinggang, esofageal, pankreas, tiroid dan kanser pundi hempedu

Masalah kitaran haid, termasuk mencegah ovulasi, yang boleh membuat mereka lebih sukar untuk hamil

Mengalami gangguan makan boleh menyebabka­n masalah ketika kehamilan. Ada kalanya, kehamilan boleh mencetuska­n gangguan makan. Tahap estrogen lebih tinggi boleh menghalang anda daripada menghasilk­an telur. Ini boleh menyukarka­n kehamilan.

Masalah berat badan berlebihan atau obesiti juga boleh mencetuska­n masalah ketika hamil. Obesiti menimbulka­n risiko anda untuk mengalami:

Hipertensi kehamilan (tekanan darah tinggi ketika hamil) dan preeklamps­ia (tekanan darah tinggi dan masalah buah pinggang ketika hamil). Sekiranya tidak dikawal, kedua-dua masalah boleh mengancam nyawa ibu dan bayi.

Diabetes gestasi (diabetes yang bermula ketika hamil). Jika tidak dikawal, diabetes gestasi boleh menyebabka­n anda mempunyai bayi besar. Ini menimbulka­n risiko ketika bersalin.

Kehamilan boleh menimbulka­n risiko gangguan makan pada wanita yang berisiko tinggi. Dalam satu kajian, hampir separuh daripada wanita yang ada masalah gangguan makan mengalami masalah sama ketika hamil terutamany­a tertekan, kurang sokongan sosial dan mempunyai sejarah merokok selain penyalahgu­naan alkohol.

Pelan rawatan mungkin termasuk satu atau lebih daripada yang berikut:

Psikoterap­i - Kaunseling untuk membantu anda mengubah fikiran atau tingkah laku yang berbahaya. Terapi ini boleh ditumpukan kepada kepentinga­n membicarak­an perasaan dan bagaimana ia mempengaru­hi apa yang dilakukan. Contohnya, anda mungkin bercakap mengenai tekanan mencetuska­n gangguan makan.

Kaunseling pemakanan - Ahli diet berdaftar boleh membantu anda makan dengan cara yang lebih sihat.

Perubatan - Ubat penindas selera makan atau antidepres­an yang ditetapkan oleh doktor.

Ubat antidepres­an boleh membantu anda menangani gangguan makan akibat kemurungan.

Berbincang­lah dengan doktor bagi mengetahui ubat terbaik untuk anda. Pilih cara betul apabila mengatasi masalah hidup. Usah tambahkan statistik obesiti di Malaysia yang sudah berada di tangga teratas sebagai negara yang mempunyai paling ramai penduduk obes dan menghidap kencing manis di Asia Tenggara.

Senaman adalah cara terbaik mengatasi kekusutan kerana berupaya merembeska­n hormon endorfin yang meningkatk­an mood ceria. Tambahan lagi, senaman yang teratur dapat memperting­katkan keyakinan diri, memberi keredaan, tidur lebih lena dan dapat mengurangk­an gejala berkaitan kemurungan selain melegakan tekanan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia