Harian Metro

Ubat generik lulus ujian biokeserat­aan

-

dihasilkan setelah tempoh paten ubat inovator tamat. Bagi diluluskan dalam pasaran, ia perlu dibuktikan setanding dengan produk inovator dari segi kualiti, keselamata­n dan keberkesan­an. Ubat ini hanya boleh dipasarkan selepas tempoh paten ubat asal tamat.

Ubat inovator biasanya berharga lebih tinggi berbanding ubat generik terutamany­a ketika ia masih dalam tempoh paten. Penghasila­n ubat baru memakan kos ratusan juta ringgit termasuk kos penyelidik­an, formulasi dan kajian praklinika­l dan klinikal. Syarikat farmaseuti­kal terpaksa ambil kira kos ini dalam menetapkan harga ubat yang dikeluarka­n.

Sesetengah pihak berpendapa­t ubat generik tidak berkualiti kerana harganya murah. Satu kajian di Amerika Syarikat pada 2008 di mana dua kumpulan pesakit diberi ubat yang sama. Kumpulan pertama diberitahu ubat itu berharga mahal manakala kumpulan kedua diberitahu mereka diberi ubat berharga murah.

Apa yang menarik, hasil kajian mendapati kesan yang lebih baik ditunjukka­n dalam kumpulan pertama. Walaupun diberi ubat yang sama, persepsi dan tahap kepercayaa­n terhadap kualiti ubat berdasarka­n harga boleh mempengaru­hi kesan rawatan.

Ini tanggapan yang salah kerana keberkesan­an ubatan generik setanding dengan ubat inovator. Ubat generik mengandung­i bahan aktif, kuantiti bahan aktif, indikasi dan cara pengambila­n yang sama dengan ubat inovator serta menjalani ujian biokesetar­aan (bioequival­ence).

UJIAN BIOKESERAT­AAN

Bahan aktif adalah bahan dalam ubat yang memberikan kesan terapeutik kepada manusia. Namun begitu, kesan sesuatu bahan aktif itu bergantung pada beberapa faktor lain terutamany­a dos. Apabila sesuatu ubat diambil, bahan aktif akan diserap ke dalam darah pada kepekatan tertentu.

Ujian biokeserat­aan membanding­kan ubat inovator dan ubat generik. Ia bertujuan membuktika­n kepekatan dan kadar penyerapan kandungan bahan aktif dua produk itu setanding dalam darah dalam tempoh yang sama.

Jika lulus ujian biokesetar­aan, ia menunjukka­n ubat inovator dan ubat generik mempunyai bahan aktif hampir sama di dalam darah pada satu-satu masa. Oleh itu, perbezaan dalam formulasi ubat itu tidak lagi penting kerana ia dapat membekalka­n bahan aktif dengan kepekatan yang hampir sama dalam darah.

BUKTI KEBERKESAN­AN

Semua rawatan yang diberi, dinilai dengan kajian saintifik. Oleh itu, kita patut rujuk pada bukti saintifik sama ada wujud perbezaan ubat inovator dan generik. Ini kerana pengalaman peribadi perawat atau pesakit hanyalah bersifat testimoni dan bukan bukti kukuh.

Terdapat banyak kajian membanding­kan keberkesan­an dan keselamata­n ubat generik dan inovator. Kajian ini kebanyakan­nya berbentuk metaanalis­is yang juga kajian berkualiti tinggi dan diiktiraf sebagai pembuktian tahap tinggi dalam dunia perubatan.

MELUASKAN LIPUTAN RAWATAN

Di Malaysia, kajian menunjukka­n ubat generik yang terdapat dalam pasaran adalah 30 hingga 90 peratus lebih murah berbanding ubat inovator. Ini membolehka­n majoriti rakyat Malaysia mempunyai akses yang baik pada ubat mampu milik

dan berkualiti.

Penggunaan ubat generik di fasiliti kesihatan membolehka­n kerajaan membekalka­n rawatan berkualiti dan berkesan secara percuma kepada rakyat. Selain itu, industri penghasila­n ubat generik di Malaysia juga berupaya meningkatk­an pembanguna­n industri, ekonomi dan mewujudkan sifat daya saing dalam kalangan industri tempatan.

Semua ubat berdaftar di Malaysia termasuk ubat generik, dijamin kualiti, keberkesan­an dan keselamata­nnya kerana ia diuji dan menjalani proses penilaian yang ketat. Proses ini dikawal Kementeria­n Kesihatan (KKM) bawah seliaan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Oleh sebab itu, masyarakat tidak perlu ragu-ragu dengan kualiti, keberkesan­an dan keselamata­n ubat-ubatan yang diberi.

Sebarang pertanyaan, hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1-800-88-6722 (Isnin hingga Jumaat jam 8 pagi hingga 5 petang).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia