Harian Metro

Pening macam mabuk

-

Saya Rosli, berusia 52 tahun dan mengalami sakit kepala dan pening seperti mabuk sejak lima tahun lalu. Sakit kepala bahagian atas telinga dan belakang kepala, manakala dahi jadi macam tebal dan tegang di bahagian kiri dan kanan.

Bahagian muka rasa kebas hingga ke bawah dagu dan leher. Gusi pula rasa macam ngilu dan leher juga lenguh serta tegang. Malah, saya rasa tebal di bahagian belikat.

Saya sudah berjumpa doktor pakar ENT dan pakar saraf serta dua kali menjalani imbasan CT tetapi mereka tidak dapat mengesahka­n penyakit dialami.

Sejak tiga minggu ini sakit kepala makin kerap. Saya tidak berani memandu kereta lagi, solat pun terpaksa duduk di kerusi kerana pandangan jadi berpusing-pusing. Masalah ini mengganggu kehidupan saya dan berharap doktor dapat bantu.

Apa yang anda alami ialah sakit artritis sendi facet tengkuk. Gejala asas penyakit ini adalah sakit pada tengkuk, bahu dan belikat serta pening. Namun anda juga mengalami gejala sampingan lain yang ekstrem seperti kebas, tegang muka dan ngilu pada gusi.

Kebanyakan pesakit akan dirujuk kepada pakar ENT, pakar saraf, ortopedik atau pakar jantung kerana penyakit ini selalu menyamai gejala penyakit daripada disiplin terbabit. Seperti anda juga kebanyakan mereka tidak dapat dikenal pasti apa penyakitny­a walaupun pelbagai siasatan dan prosedur dilakukan.

Kadangkala rawatan tersasar apabila mereka didiagnos dan dirawat sebagai penghidap darah tinggi dan migrain. Tidak kurang juga pesakit yang dimaklumka­n mengalami strok.

Sendi facet tengkuk ada tujuh pasang semuanya. Apabila gejala seperti rasa sakit kepala pening hanyut (vertigo), kebas pada muka dan telinga berdesing menjadi dominan, ini bermakna bahagian sendi facet tengkuk yang teruk mengalami artritis ialah bahagian atas sekali membabitka­n sendi C0, C1, C2 dan C3.

Imbasan CT, MRI dan sinar X tidak banyak membantu, biasanya siasatan ini hanya menunjukka­n bukti penuaan berlaku pada tulang belakang (spondylosi­s). Pergerakan tengkuk seperti menunduk dan menggeleng­kan kepala boleh mencetuska­n pening berpusing-pusing. Pesakit akan rasa macam nak pitam.

Tidak ramai doktor sedia maklum penyakit ini. Ramai pesakit sengsara bertahun-tahun. Rawatan demi rawatan banyak yang tersasar. Bagaimanap­un, semua siasatan dilakukan doktor pakar dikira masih berguna walaupun tiada petunjuk (relevant negative finding).

Rawatan yang terbukti berkesan ialah suntikan radiofreku­ensi (RF) pada sendi C0, C1, C2 dan C3, di samping ubat saraf dan penahan sakit untuk jangka pendek. Kejayaan rawatan boleh mencapai 80 peratus jika dilakukan oleh doktor yang mahir dan terlatih seperti pakar pengurusan kesakitan. Kebanyakan pesakit memberi kelegaan yang besar sehari selepas rawatan dilakukan.

Strategi rawatan untuk kelegaan jangka panjang ialah dengan pengambila­n ubat suplemen sendi seperti piascledei­ne dan artrex untuk melengahka­n proses artritis, di samping baik pulih sendi yang terjejas.

Aktiviti kerjaya, sukan dan hobi perlu diselarask­an supaya tidak perlu melakukan banyak pergerakan ekstrem pada sendi tengkuk. Banyak pesakit yang bersara selepas mengenal pasti kerjaya mereka menjadi punca penyakit artritis sendi facet tengkuk ini.

Ini kerana mereka tidak sanggup lagi menanggung penderitaa­n yang seperti anda alami dan yang paling teruk lagi apabila tidak ada orang yang memahami masalah kesihatan anda.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia