Sokongan nutrisi sebelum, selepas bedah
untuk pemulihan dan mempercepatkan penyembuhan.
Katanya, terdapat dua jenis sokongan nutrisi diperlukan kumpulan pesakit iaitu parenteral dan enteral. Nutrisi parenteral (PN) ialah makanan yang disuntik ke dalam salur darah memintasi usus.
Manakala pemakanan enteral (EN) pula diberi kepada pesakit yang tidak boleh makan melalui mulut tetapi sistem penghadamannya boleh berfungsi seperti biasa.
Makanan enteral diberi melalui tiub pada perut atau terus ke usus pesakit.
“Nutrisi untuk pesakit disediakan khusus mengikut keperluan masing-masing kerana setiap penyakit memerlukan khasiat pemakanan berbeza.
“Sebarang pembedahan membabitkan usus seperti kanser rektum dan kanser kolon adalah pembedahan besar walaupun kita ada laporoskopik yang membabitkan beberapa tebukan lubang untuk pembedahan, pesakit perlu sesihat mungkin sebelum pembedahan.
“Sebelum pembedahan, kita akan beri mereka nasihat pengambilan makanan sihat seperti protein kerana penting untuk proses penyembuhan dan melawan apa-apa jangkitan.
“Jika pesakit kekurangan nutrisi dan tenaga, penyembuhan mengambil masa lebih panjang,” katanya.
Menurutnya, pembedahan tradisional bagi kanser usus membabitkan masa lebih panjang hingga empat ke enam jam, justeru tenaga diperlukan untuk pesakit ini ibarat berlari maraton.
Katanya, sokongan nutrisi oral atau menerusi mulut sama ada susu, protein dan sebagainya amat diperlukan untuk memberikan pesakit tenaga sebelum dan selepas pembedahan.
Sebab itu katanya, sebelum pesakit menjalani pembedahan pesakit akan dinasihatkan mengambil makanan sihat seperti diet berprotein tinggi dan susu khas untuk setiap keperluan berbeza pesakit.
“Kebiasaannya bagi pembedahan tradisional ini, tempoh penyembuhan lebih lama berbanding laporoskopik.
“Sehari selepas pembedahan pesakit akan diberi minum air putih diikuti susu pada hari kedua dan makanan lembut boleh diberi pada hari ketiga.
“Pesakit boleh makan seperti biasa selepas hari kelima atau keenam.
Ini kerana usus amat sensitif apatah lagi selepas pembedahan, ia seperti ‘lumpuh’ dan akan ambil masa untuk bergerak.
“Disebabkan itu, pesakit mengambil masa lebih lama untuk makan seperti biasa berbanding laporoskopik yang mana pesakit boleh makan seperti biasa pada hari ketiga atau keempat.
“Selain itu, jika kita dapati pesakit amat lemah atau pembedahan sangat besar, kita akan bagi sokongan nutrisi ini.
“Kita ada protokol iaitu jika boleh guna mulut, kita akan gunakannya. Ia bermaksud, jika pesakit boleh minum atau makan menggunakan usus, kita bagi dia susu melalui EN, kalau tak boleh kita ada cara lain iaitu beri susu melalui PN,” katanya.