Harian Metro

Pemandu lori ditahan bersama 900 pil Ekstasi

-

Kuching: Kegiatan pemandu lori yang menjual pil Ekstasi sebagai pendapatan sampingan sejak sebulan lalu menjerat diri apabila dia ditahan bersama 900 pil yang dianggarka­n bernilai RM54,000 di parkir kereta Jalan Song, di sini, kelmarin.

Serbuan kira-kira jam 8.15 malam itu dijalankan sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak hasil maklumat awam dan risikan sejak beberapa hari lalu.

Ketua JSJN Sarawak, Superinten­dan Sahar

Abdul Latif berkata, suspek berusia 47 tahun itu dilihat bersendiri­an dalam keadaan mencurigak­an sebelum polis menghampir­inya dan memperkena­lkan diri.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n lanjut dalam Proton Waja digunakan suspek, polis menemui

900 pil Ekstasi yang dibungkus dalam plastik lut sinar tersorok di dalam kenderaan itu.

“Suspek enggan membuat sebarang pengakuan bahawa pil berkenaan adalah miliknya dan menafikan terbabit dalam kegiatan haram itu.

“Bagaimanap­un, siasatan polis mendapati suspek aktif menjual pil berkenaan di pusat hiburan sekitar Kuching sejak sebulan lalu,” katanya.

Sahar berkata, pil berkenaan dijual RM60 hingga RM80 sebutir dan menjadi pilihan pengunjung kelab malam sekali gus membolehka­n suspek mendapat pendapatan tambahan.

Katanya, suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan polis masih mengenal pasti rangkaian pengedaran pil khayal di bandar raya ini.

“Suspek yang positif methapetam­ine itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 ??  ?? JAINAB meninjau harga barang ketika Program Walkabout sempena Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2017 di pasar raya Bataras di Bundusan, Penampang.
JAINAB meninjau harga barang ketika Program Walkabout sempena Pelancaran Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2017 di pasar raya Bataras di Bundusan, Penampang.
 ??  ?? PIL Ekstasi yang dirampas polis untuk siasatan lanjut.
PIL Ekstasi yang dirampas polis untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia