Harian Metro

VAN TERBABAS

- Nasrawati Syarifuddi­n hmkk@hmetro.com.my

 PPM rampas 17,800 bungkus rokok kretek

Sebuah van membawa rokok seludup bernilai RM90,000 yang diekori pihak berkuasa terbabas di bahu jalan di Batu 5, Jalan Kinabutan, Tawau, kelmarin.

Bagaimanap­un, dalam kejadian jam 10.30 malam itu, pemandu van terbabit melarikan diri manakala 17,800 bungkus rokok kretek berjaya dirampas Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau.

Pegawai Pemerintah PPM Wilayah 4 Tawau, Deputi Superinten­dan Mohd Nazri Ibrahim berkata, lima anggota Unit Risikan PPM sedang menjalanka­n tugas pemantauan kawasan Batu 3, Jalan Apas, terserempa­k dengan sebuah van berwarna putih yang dilihat dalam keadaan mencurigak­an.

Katanya, ketika anggotanya cuba mendekati van terbabit untuk membuat pemeriksaa­n, pemandu terus memecut van terbabit.

“Kita kemudian mengekori van itu sehingga ke Batu 5, Jalan Kinabutan, sebelum terbabas ke bahu jalan manakala pemandu bertindak melarikan diri.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati, 25 kotak yang berisi 17,800 bungkus rokok kretek jenama Apache dan A Satu bernilai RM90,000 ditemui di dalam van terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, semua barang termasuk van dirampas dan dibawa ke Pejabat PPM Tawau untuk tindakan lanjut.

“Kita percaya kemungkina­n rokok itu diseludup masuk ke daerah ini untuk pasaran tempatan dan daerah lain. “Bagaimanap­un, disebabkan kegagalan untuk menahan suspek, kita tidak dapat maklumat lanjut mengenainy­a,” katanya.

Terdahulu, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967. Kuching: Yayasan Ikhlas melancarka­n program kutipan Kit Bantuan Ke Sekolah di Sarawak untuk membantu pelajar sekolah menengah membayar yuran persekolah­an dan mendapatka­n pakaian seragam menjelang sesi persekolah­an tahun depan.

Pengerusin­ya Datuk Mohd Rosli Ramli berkata, pihaknya menyasarka­n membantu seramai 250 pelajar sekolah menengah di pelbagai lokasi di negeri ini melalui kutipan bantuan itu.

Menurutnya, komitmen menjalanka­n program itu dilaksanak­an dengan kerjasama pusat beli-belah Plaza Merdeka di bandar raya.

“Hasil kutipan wang dan sumbangan orang ramai melalui kit bantuan itu akan disalurkan kepada pelajar yang memerlukan di negeri ini.

“Kami akan membantu memberikan wang sehingga RM200 bagi seorang pelajar melalui kutipan itu, selain pelajar terbabit akan menerima beg, buku dan alat tulis,” katanya ketika pelancaran program itu, semalam.

 ??  ?? SEMUA barang rampasan dibawa ke Pejabat PPM Tawau untuk tindakan lanjut.
SEMUA barang rampasan dibawa ke Pejabat PPM Tawau untuk tindakan lanjut.
 ??  ?? MOHD Rosli (empat dari kanan) menyerahka­n kotak kutipan Kit Bantuan Ke Sekolah.
MOHD Rosli (empat dari kanan) menyerahka­n kotak kutipan Kit Bantuan Ke Sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia