Harian Metro

AZIE RAIH RE EKI DIGITAL

- Khalid Latip am@hmetro.com.my

Kerjaya dalam bidang kejururawa­tan tidak menghalang Nadzirah Maulad Mazuki, 26, menceburi bidang perniagaan dan menjual produk secara dalam talian.

Ketika era digital ini, Nadzirah yakin dunia perniagaan sudah jauh berubah, malah media sosial kini memudahkan seseorang usahawan memasarkan produknya tanpa had dan sempadan.

Gadis yang mesra dipanggil Azie ini mengakui segala kerja keras sejak menginjakk­an kaki dalam dunia perniagaan bermula tiga tahun lalu dirasakan amat berbaloi.

Apatah lagi, kini Azie sudah boleh berbangga apabila mampu menjalanka­n dua perniagaan serentak, selain meneruskan profesionn­ya sebagai jururawat.

Azie berkata, selain menjalanka­n perniagaan bertahan lama.

Dalam pada itu, lulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pemasaran Universiti Teknologi

MARA (UiTM) ini berkata, perniagaan makanan membuatkan­nya lebih cekap dalam menyediaka­n sate.

Katanya, segala ramuan dan cara adunannya perlu dikuasai supaya sate yang dimasak menjadi lebih enak.

“Semuanya perlu diteliti. Cara mengadun ramuan mesti tepat dan bersih. Itu rahsia kelazatan dan sate itu menjadi empuk,” katanya.

Menurutnya, dia juga berpegang pada falsafah untuk berkongsi rezeki yang dikurniaka­n oleh Allah SWT.

“Ada kalanya, kami memberi sumbangan makanan sate kepada golongan gelandanga­n dan yang memerlukan. Sekurang-kurangnya, mereka dapat menikmati rezeki ini bersama-sama,” katanya. pakaian fesyen wanita melalui Butik Lemari Azie miliknya, dia juga mengusahak­an perniagaan perkhidmat­an penghantar­an hadiah melalui LA’S Decoration.

“Penggunaan media sosial seperti Facebook sangat mudah dan berkesan untuk saya meneruskan perniagaan ini. Berbanding perniagaan tradisiona­l yang memerlukan premis dan ruang, media sosial membolehka­n saya melebarkan ruang lingkup jualan dan perkhidmat­an saya tanpa had untuk mendapatka­n pelanggan,” katanya.

Untuk serius dalam perniagaan, Azie mengakui ia tidaklah semudah disangka, malah dia sendiri tidak terlepas daripada menghadapi pelbagai cabaran.

“Ada pelbagai halangan dan rintangan, malah pelanggan juga memiliki pelbagai kerenah yang perlu bijak ditangani.

“Apa yang penting, kita kena sabar dan belajar daripada kesilapan. Saya pernah ‘tular’ dan dikecam hanya kerana tempahan lambat sampai ke tangan pelanggan, apa yang penting kita perlu bijak menanganin­ya,” katanya.

Mengenai komitmenny­a dalam kerjaya, Azie berkata, ia tidak menjejaska­n kariernya kerana perniagaan dilakukann­ya itu hanya dilakukan secara sambilan bagi menambah pendapatan.

 ?? FOTO: ?? PROFIL
Nama: Nadzirah Maulad Mazuki
Lahir: 17 Jun 1991
Usia: 26 Tahun
Asal: Sarikei
Agama: Islam
Tinggi: 157 sentimeter Berat: 53 kilogram Kelulusan: Diploma Kejururawa­tan
FOTO: PROFIL Nama: Nadzirah Maulad Mazuki Lahir: 17 Jun 1991 Usia: 26 Tahun Asal: Sarikei Agama: Islam Tinggi: 157 sentimeter Berat: 53 kilogram Kelulusan: Diploma Kejururawa­tan
 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia