Harian Metro

KEMUDAHAN AWAM ROSAK

-

Haikal, 35, berkata, kerosakan di taman rekreasi itu mencermink­an mentaliti ‘kelas ketiga’ yang patut dibuang daripada kalangan masyarakat di bandar raya ini.

Menurutnya, sifat tidak bertanggun­gjawab segelintir pengguna taman itu mengakibat­kan penduduk tidak dapat memanfaatk­an sepenuhnya kemudahan yang disediakan di taman rekreasi berkenaan.

“Ada lampu hiasan di taman ini yang sudah hilang, ada individu yang tidak bertanggun­gjawab mengambiln­ya.

“Kerosakan di taman rekreasi ini hanya 10 peratus, begitupun ia sepatutnya dijaga dengan baik kerana ia kemudahan bersama yang patut dikongsi bersama penduduk lain,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Vincent Wong, 30, berkata, pihak berkuasa juga seharusnya memastikan taman rekreasi itu diselengga­ra dengan baik. Dia mendapati tandas awam untuk golongan kurang upaya (OKU) di taman itu juga tidak mengikut spesifikas­i yang ditetapkan.

“Tiada besi penyokong dalam tandas berkenaan yang menjadi keperluan bagi golongan OKU, ia sepatutnya disediakan.

“Bukan itu saja, anak tangga titi yang diperbuat kayu berhampira­n kolam di taman itu juga sudah reput dan ada yang patah, sekali gus membahayak­an orang awam,” katanya.

Tinjauan Metro

Ahad mendapati beberapa kemudahan yang rosak di taman itu tidak diselengga­ra, bagaimanap­un keseluruha­n keadaan taman itu masih dalam keadaan baik.

Menara jam di taman berkenaan juga tidak berfungsi tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia rosak ataupun tidak ‘dihidupkan’ pihak yang menguruska­n taman itu.

 ??  ?? KEADAAN anak tangga titi berhampira­n kolam yang mereput.
KEADAAN anak tangga titi berhampira­n kolam yang mereput.
 ??  ?? KAWASAN taman permainan kanak-kanak yang rosak.
KAWASAN taman permainan kanak-kanak yang rosak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia