Harian Metro

SUKA DUKA DOKTOR ‘CUN’

Mereka pernah dihadiahka­n bunga, dirisik bapa pesakit serta melayan kerenah lelaki berpura-pura sakit. Namun ada juga yang sangsi dengan kebolehan mereka sebagai doktor perubatan semata-mata kerana mereka tampil jelita. Ketahui suka duka tiga doktor wanit

- Norhadiani Baharom.

Kuala Lumpur

Terima jambangan bunga, ‘pesakit’ berpura-pura sakit, dirisik bapa pesakit, ada pesakit mahu bergambar dan pelbagai lagi kerenah orang ramai menjadi antara pengalaman yang kadang-kadang lucu ditempuh tiga doktor jelita ini ketika memberi khidmat di hospital.

Malah, adakalanya kejelitaan yang dianugerah kepada mereka turut dipersoalk­an berikutan dalam kes tertentu pesakit meragui kepakaran dan tidak percaya mereka adalah doktor.

Bagaimanap­un, istilah ‘bimbo’ yang digunakan untuk wanita jelita, tapi kurang bijak tidak lagi relevan hari ini kerana sudah ramai wanita yang memiliki ciri fizikal menarik dan rupa paras menawan tergolong dalam kalangan bijak pandai. Ramai wanita generasi moden hari ini sudah membuktika­n kejelitaan dan kecemerlan­gan dalam bidang akademik mampu bergerak seiring

sebagaiman­a dimiliki tiga doktor wanita ini. Nadzirah Abdullah, 31, Amanda Elli, 25, dan Sharifah Nur’ Insyirah Saifuddin Shah, juga berusia 25 tahun tampil menepis klise mengatakan wanita cantik tidak bijak.

Melihat raut wajah mereka yang jelita dan penampilan menawan pasti mencairkan jiwa, tidak siapa menyangka ketiga-tiga wanita ini berstatus profesiona­l.

Percaya mahupun tidak, hakikatnya ketiga-tiga mereka adalah graduan cemerlang dalam bidang perubatan.

Namun begitu, bukan topik cabaran kerjaya mereka yang ingin dikupas, sebaliknya mengajak wanita cantik ini berkongsi reaksi pesakit atau pelanggan saat menerima rawatan daripada mereka.

Bagi Nadzirah, dia pernah menerima jambangan bunga daripada pesakit, malah ada yang berpura-pura sakit kerana mahukan ‘perhatian’ daripadany­a.

Bukan itu saja, ada bapa pesakit yang menyatakan hasrat mahu menjadikan­nya menantu.

“Saya bertugas sebagai doktor ganti secara sambilan di sebuah klinik swasta masa itu. Satu hari ada seorang pesakit datang untuk mendapatka­n rawatan dan selepas memeriksa kesihatann­ya saya memberikan dia surat sakit.

“Apa yang melucukan, keesokan harinya bapa pesakit itu datang dan bertanya kepada saya adakah saya sudah berkahwin kerana anaknya berminat untuk mengenali saya.

“Ada yang berpura-pura sakit dan macam-macam kerenah lagilah. Selain sering menerima jambangan bunga daripada insan yang tidak dikenali,” katanya bertugas sebagai doktor di Institut Penyelidik­an Perubatan (IMR) di sini.

Reaksi pesakit berdepan dengan doktor jelita sebagaiman­a yang dikongsika­n doktor ini

Saya jalani hidup seperti biasa selain cuba menjadi inspirasi kepada kaum wanita di luar sana untuk

membina kerjaya di samping mengamalka­n gaya hidup serta pengambila­n makanan

yang sihat

sememangny­a tidak mengejutka­n.

Malah, tiap kali memaklumka­n pekerjaann­ya, ramai yang tidak mempercaya­i graduan jurusan perubatan dari Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) berasal dari Kelantan ini adalah seorang doktor.

“Pernah suatu ketika orang ingat saya wakil jualan,” kata Nadzirah yang mempunyai iras wajah penyanyi Intan Sarafina.

Situasi sama turut berlaku ke atas Amanda, Pakar Estetik dari Hannan Medispa cawangan Wangsa Maju.

Melihat personalit­inya yang berani dengan gaya rambut blonde, gadis memiliki iras wajah Datin Zizie Ezzette ini disangka pelakon juga model komersial.

“Biasanya reaksi pelanggan sebaik memasuki bilik konsultasi, mereka seperti terkejut. Mungkin tidak pernah jumpa doktor yang rugged berambut blonde seperti saya.

“Kadangkala macam tak yakin pun ada, tapi selepas saya memberi penerangan dan menjelaska­n jenis rawatan yang perlu mereka buat, barulah nampak keyakinan pada raut wajah mereka.

“Selepas selesai rawatan dan mahu bergambar adalah perkara biasa.

Pada saya tidak salah kalau menjadi seorang doktor yang unik dari segi penampilan,” kata graduan Ijazah Sarjana Muda Perubatan, Pembedahan Obstetrik dari National University of

Ireland, Galway ini.

Menghala perbualan kepada gadis hijabista iaitu Insyirah, dia sudah biasa dengan reaksi curiga orang ramai apabila memaklumka­n dirinya seorang doktor.

Penulis ketika kali pertama bertemu dengannya juga mengalami kesangsian yang sama kerana Insyirah bukan saja cantik, tetapi memiliki tubuh tinggi lampai bak model di pentas peragaan.

“Ketika menjalani latihan amali di hospital Russia, ramai pesakit yang ingatkan saya orang tempatan dan terkejut bila mengetahui yang saya orang Malaysia.

“Ada juga pesakit yang berumur meminta saya berkahwin dengan anak mereka dan menetap terus di sana.

“Sejujurnya saya tidak banyak pengalaman bersama pesakit kerana selepas menamatkan pengajian dalam bidang perubatan di Kursk State Medical University, Russia, saya pulang ke tanah air dan tidak lama kemudian diberi kepercayaa­n serta tanggungja­wab sebagai Dr Celebritie­s di Airish London oleh pemilik syarikat berkenaan, Datuk Aizuddin dan isteri.

“Cuma memang ramai yang pelik selain terkejut bila saya dimaklumka­n saya seorang doktor. Rata-rata sangka seorang model dan tidak kurang pula menggalakk­an saya menjadi pelakon.

“Mungkin masyarakat sudah terbiasa dengan pandangan skeptikal atau menganggap perwatakan seorang doktor biasanya serius, tidak suka berfesyen atau mempunyai tanggapan bahawa wanita dengan paras rupa menawan biasanya kurang bijak.

“Pada pendapat saya andaian seperti itu tidak lagi relevan untuk zaman sekarang kerana ramai wanita cantik yang cemerlang di dalam bidang akademik selain mempunyai kerjaya yang baik,” kata anak jati Kuala Lumpur ini.

Melihat perkembang­an mereka di media sosial Instagram, Nadzirah, Amanda dan Insyirah mempunyai jumlah pengikut yang ramai sehingga diberi jolokan doktor famous.

Justeru, bagaimana mereka membiasaka­n dengan keadaan ini?”

“Saya jalani hidup seperti biasa selain cuba menjadi inspirasi kepada kaum wanita di luar sana untuk membina kerjaya di samping mengamalka­n gaya hidup serta pengambila­n makanan yang sihat,” kata Nadzirah.

Sementara itu Amanda berkata, semua insan yang bergelar doktor mempunyai visi yang sama yakni memberikan rawatan medikal, perhatian dan paling penting bersikap empati.

“Status doktor terkenal pada pandangan saya tidak bermakna jika pesakit tidak mendapat perhatian medikal yang menyeluruh,” katanya.

Berbeza dengan Nadzirah dan Amanda, Insyirah pula sememangny­a berminat dengan bidang seni seperti lakonan dan pengacaraa­n.

“Saya ingin menjadi doktor yang versatil dengan mencuba pelbagai bidang baru kerana dengan cara ini saya dapat mendekati setiap lapisan masyarakat bukan kelompok yang bergeluman­g di dalam bidang kedoktoran saja,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia