Harian Metro

HAFAL YASIN SATU HARI

Dua pelajar buktikan kelebihan menghafaz 83 ayat dalam satu hari berbanding kebiasaan dua minggu

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

Usianya baru mencecah 15 tahun, tetapi siapa sangka pelajar ini mampu menghafaz surah Yasin hanya dalam satu hari yang kebiasaann­ya dilakukan pelajar lain dalam tempoh dua minggu.

Muhammad Fikri Abdullah, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Tasik Kesuma di sini, berjaya menghafaz 83 ayat dalam surah Yasin ketika mengikuti Kem Motivasi Program Pembanguna­n Islami Motivasi Diri di Madrasah Pusat Pengajian Tahfiz Ar-Raudhah di sini.

Anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, dia tidak sangka diberi sedikit ‘kelebihan’ dalam menghafaz ayat suci al-Quran dan mengambil masa hanya sehari.

“Saya mula menghafaz 25 November lalu dan esoknya saya dapat mengingati 83 ayat daripada surah Yasin.

“Sebelum ini memang saya pandai membaca al-Quran, mungkin tunjuk ajar ustaz di madrasah berkenaan akhirnya saya dapat menghafaz dalam masa singkat,” katanya ketika ditemui dalam Program Kem Motivasi Program Pembanguna­n Islami Motivasi Diri dan Penyampaia­n Bantuan Persekolah­an kepada Pelajar dari Keluarga Asnaf.

Dalam program itu, seramai 80 pelajar menerima sijil penyertaan selepas berjaya mengikuti program motivasi selama dua minggu sempena cuti sekolah dan 40 pelajar kategori asnaf menerima bantuan pakaian sekolah disampaika­n Pengerusi dan Pengasas Pusat Pengajian Tahfiz Ar-Raudhah Datuk Mustapa Othman di sini, semalam.

Muhammad Fikri berkata, dia bertekad seterusnya bertawakal kepada Allah untuk menghafaz surah Yasin demi membahagia­kan kedua ibu bapanya yang menghantar­nya ke madrasah berkenaan sepanjang cuti sekolah.

“Tiada yang merugikan buat saya dan percaya ini juga memudahkan urusan di kemudian hari terutama apabila membabitka­n kematian satu hari nanti,” katanya.

Menurutnya, antara kaedah yang dilakukan adalah menenangka­n hati sebelum mengulang banyak kali setiap ayat sehingga ingat.

“Saya akan membaca berulang kali dan dalam tempoh itu saya tidak tidur demi menghafaz 83 ayat berkenaan. Alhamdulil­lah, Allah permudahka­n urusan saya akhirnya,” katanya.

Sementara itu, seorang pelajar tahfiz berkenaan yang kematian ibu dan ayah, Mohd Firdaus Abdullah, 13, berjaya menunaikan hasrat arwah ibunya yang begitu teringin melihatnya menjadi seorang hufaz al-Quran.

 ??  ??
 ?? SYARAFIQ ABD SAMAD ?? MUHAMMAD Firdaus (kiri) dan Muhammad Fikri menunjukka­n sijil anugerah khas diterima.
SYARAFIQ ABD SAMAD MUHAMMAD Firdaus (kiri) dan Muhammad Fikri menunjukka­n sijil anugerah khas diterima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia