Bakal bebas ditahan lagi 2 bulan Terima harta curi RM37,800
Seorang wanita didenda RM15,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas kesalahan menerima harta curi membabitkan wang tunai RM37,800 yang diperoleh melalui penipuan dalam talian pada Julai lalu.
Majistret Adibah Husna Zainal Abidin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Gollneer Roshandin, 61, yang mengaku bersalah terhadap empat kes membabitkan 10 pertuduhan.
Dia dituduh menerima wang tunai itu yang dimasukkan ke dalam akaun simpanan CIMB Bank miliknya melalui beberapa transaksi antara 19 hingga 21 Julai lalu di CIMB Bank cawangan Central Square dan CIMB Bank cawangan Wisma Ria serta di Tabung Haji cawangan Sungai Petani, pada masa berbeza.
Semua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 411, Kanun Keseksaan, memperuntukkan penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Bagi kes pertama dia didakwa tiga pertuduhan dengan curangnya menerima harta curi iaitu wang milik Siti Hawa Hashim, 63, yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank miliknya pada 19 Julai lalu, berjumlah RM800, RM5,700 dan RM300 di CIMB Bank cawangan Central Square pada jam 11.23 pagi, jam 5.01 dan 5.02 petang.
Kes kedua, dia didakwa menerima wang tunai milik mangsa, dalam tiga transaksi melalui akaun CIMB miliknya RM19,900 di Tabung Haji Cawangan Sungai Petani dan di CIMB Bank cawangan Central Square 20 Julai lalu, jam 2.10, 2.32 dan 2.37 petang.
Bagi kes ketiga, Gollneer didakwa dengan curang menerima wang mangsa, berjumlah RM11,000 iaitu RM1,100 di CIMB Bank cawangan Square, 21 Julai jam 2.40 petang dan bakinya di CIMB Bank cawangan
Wanita warga emas didenda RM15,000
Wisma Ria melalui dua transaksi setiap satu RM4,950 pada 21 Julai lalu jam 1.12 dan 1.14 tengah hari.
Seterusnya, tertuduh didakwa menerima RM100 milik Siti Hawa di CIMB Bank cawangan Wisma Ria 21 Julai lalu, jam 1.15 tengah hari.
Mengikut fakta kes, pada Mei 2017, kira-kira 11 pagi, mangsa (pengadu) berkenalan dengan seorang lelaki warga Iran ketika melayari laman sosial Facebook dikenali sebagai Faizal Nordin.
Lelaki itu memberitahu pengadu mahu menghantar barangan kemas rantai, gelang tangan, cincin dan subang, selain beg tangan, telefon bimbit dan sejumlah besar tidak diketahui mata wang Iran sebagai hadiah.
Pada 18 Julai lalu, kira-kira jam 10 pagi, pengadu dihubungi seorang perempuan mengaku pihak kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur mengatakan ada bungkusan dari luar negara atas namanya dan perlu bayar untuk mengambilnya atau dikenakan tindakan.
Berikutan itu pengadu memasukkan keseluruhan RM37,800 antara 19 hingga 21 Julai lalu ke dalam akaun CIMB Bank milik tertuduh.
Siasatan dijalankan Inspektor Nur Afiqah Amirah Abu mengikut Seksyen 420, Kanun Keseksaan hingga tertuduh ditangkap 10 September lalu.
Dalam penghakimannya, Majistret Adibah menjatuhkan hukuman denda RM1,500 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda setiap pertuduhan.
Pendakwaan oleh Inspektor Tengku Nazirul Mubin Tengku Azlan, tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nur Dina Mohd Shukri.