Harian Metro

Direman hingga 2 Januari BUKTI DALAM KEBUN

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

Johor Bahru: Mahkamah Majistret Johor Bahru, semalam membenarka­n tempoh tahanan reman dua suspek utama disyaki terbabit kejadian pembunuhan kejam di stesen minyak di Taman Pelangi di sini, pada 17 Disember lalu, dilanjutka­n sehingga 2 Januari depan.

Majistret Siti Hajar Ali membenarka­n tempoh tahanan reman ke atas suspek berusia 19 dan 22 tahun itu dilanjutka­n bermula hari ini bagi membolehka­n siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tempoh reman selama seminggu ke atas kedua-dua suspek yang bermula 21 Disember lalu berakhir semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, seorang lelaki juga ahli kongsi gelap berusia 44 tahun maut selepas diserang sekumpulan lelaki menaiki kereta BMW 520i.

Johor Bahru

Kereta BMW 520i yang digunakan suspek kes pembunuhan seorang lelaki di stesen minyak Taman Pelangi, Johor Bahru pada 17 Disember lalu berjaya ditemui di sebuah kebun sawit di Ayer Baloi, Pontian, kelmarin.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, kereta mewah berwarna putih tanpa nombor pendaftara­n kenderaan itu ditemui hasil maklumat orang ramai jam 3 petang.

Beliau berkata, pihaknya yakin penemuan kereta yang sebelum ini dilaporkan hilang di Ipoh, Perak itu mampu membantu siasatan kes pembunuhan Tan Aik Chai, 44, yang dipercayai ketua kumpulan kongsi gelap.

Bagaimanap­un katanya, polis tidak menemui sebarang senjata di dalam kenderaan berkenaan termasuk pisau yang digunakan bagi menikam mangsa.

“Secara keseluruha­n, sebanyak 15 tangkapan dilakukan terdiri daripada 11 lelaki dan empat wanita.

“Polis kini memburu tiga suspek bagi membantu siasatan dan mereka dipercayai masih berada di dalam negara ini,” katanya dalam sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, semalam.

Pada 17 Disember lalu, mangsa maut akibat tikaman dan hasil bedah siasat dijalankan mendapati punca kematian disebabkan luka di jantung.

Selain ditikam, mangsa turut dilanggar dan digilis dengan kereta terbabit ketika mengisi angin tayar kenderaann­ya bersama seorang wanita warga Vietnam berusia 20-an yang didakwa isterinya.

Suspek turut membakar dan membaling mercun di lokasi kejadian.

Kereta diguna bunuh ketua kongsi gelap di stesen minyak ditemui

 ?? Mohd Khalil ?? DUA suspek utama kes bunuh dibawa ke Kompleks Mahkamah Johor Bahru, semalam. Polis kini memburu tiga suspek bagi membantu siasatan dan mereka dipercayai masih berada di dalam negara ini”
Mohd Khalil DUA suspek utama kes bunuh dibawa ke Kompleks Mahkamah Johor Bahru, semalam. Polis kini memburu tiga suspek bagi membantu siasatan dan mereka dipercayai masih berada di dalam negara ini”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia