Harian Metro

Lima ke tali gantung

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@hmetro.com.my

 Tertuduh termasuk askar bunuh rakan di pusat snuker dihukum mati

Lima lelaki termasuk dua anggota tentera dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam atas pertuduhan membunuh rakan mereka di sebuah pusat snuker, tahun lalu.

Pesuruhjay­a Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah menjatuhka­n hukuman itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulka­n keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Tertuduh anggota tentera ialah Mohamad Hairul Abdullah, 35, dan Lawrance Masing, 33, pengawal keselamata­n, M Yogesvaran, 24, pembantu kedai, Zaidi Zainal, 32, serta penyelia kedai emas Chong Kai Weng, 31.

Menerusi penghakima­n bertulis setebal 245 muka surat, Mohamad Shariff berkata, cerita kononnya tertuduh ingin menangkap penyamun dan membawanya ke balai polis adalah satu rekaan semata-mata selain berpandang­an cerita mereka mengenai penyamun adalah satu keraguan fantasi yang tidak menjejaska­n kes pendakwaan.

“Gambaran

keseluruha­n yang dilihat di akhir kes itu adalah tertuduh kedua hingga kelima sememangny­a membelasah si mati dengan menendang, menghentak dengan kaki dan tangan secara bertubi-tubi dan sangat ganas secara sesuka hati tanpa hirauan.

“Tertuduh pertama yang turut berada di tempat kejadian secara niat bersama sengaja membiarkan perlakuan itu berlaku apabila kecederaan parah itu lazimnya menyebabka­n kematian. Mereka membawa keluar si mati dengan kereta dan meninggalk­an isteri si mati (SP3) berseorang­an di luar kelab snuker itu,” katanya.

Menurutnya, sepanjang perbicaraa­n kes di peringkat pendakwaan dan pembelaan, mahkamah tidak nampak kewujudan orang lain selain daripada kelima-lima tertuduh.

“Tindakan kelima-lima tertuduh itu membatasi sifat murni kemanusiaa­n dengan mengambil undang-undang di tangan sendiri. Kalau pun si mati dikatakan penyamun, tindakan alternatif adalah untuk dibawa ke muka pengadilan dan bukannya mengambil tindakan seolah seekor harimau lapar membaham mangsanya,” katanya.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa mencapai niat bersama melakukan bunuh dengan menyebabka­n kematian Mohd Yusof Abd Khalib, 26, di V-Club Snooker, No 25&27 Jalan Intan Baiduri 10D, Taman Intan Baiduri, Sentul dekat sini, antara jam 8.30 malam hingga 11 malam, pada 1 Mei tahun lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Nazneen Zulkifli manakala kesemua tertuduh diwakili peguam M Jagesh.

Sepanjang perbicaraa­n kes itu, pendakwaan memanggil 17 saksi termasuk isteri mangsa seorang wanita warga Thailand manakala pembelaan memanggil lapan saksi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia