Harian Metro

Ketua Harry Gunong didakwa merompak

-

Kota Bharu: Ketua kumpulan Harry Gunong didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam terhadap dua tuduhan merompak di Pasir Puteh.

Aierierull­ah Mat Atan, 25, atau lebih dikenali sebagai Harry bagaimanap­un mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Tiga ahli kumpulan itu, Mohd Zikrilah Abdullah, 30, Muhammad Iqbal Abdullah, 31, dan Mohammad Nordin Mustapha, 26, turut mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersama Harry merompak seorang pekerja kontrak.

Bagi tuduhan pertama, semua tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa merompak Badrul Amin Hamzah, 21, dengan meminta wang RM100 serta mencederak­an mangsa di tepi jalan di Kampung Wakaf Bunut, Pasir Puteh, jam 4 petang, 10 Julai lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 394, Kanun Keseksaan (KK) dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntu­kan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan.

Bagi tuduhan kedua, Aierierull­ah bersama dua lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompak berkumpula­n menggunaka­n pisau terhadap Nurul Baizura Baharom, 27, dengan melarikan Proton Waja milik suami mangsa, Suhawazi Suhaimin, 43, di tepi pantai Kampung Pachakan, Cherang Ruku, Pasir Puteh, jam 6.50 petang, 23 Februari 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 395 KK dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntu­kan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Abu Bakar tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh. Semua tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak mengemukak­an rayuan.

Mahkamah tidak membenarka­n semua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 24 Januari dan 8 Januari depan untuk sebutan semula kes.

Harian Metro sebelum ini melaporkan, kumpulan Harry Gunong yang aktif melakukan 20 kes jenayah berat di Kelantan dan Terengganu tumpas selepas tiga lelaki termasuk ketuanya, Harry ditahan di sebuah kedai makan di Melor, Kota Bharu.

Ketika ditangkap berlaku pergelutan dan seorang daripada suspek melepaskan tembakan ke arah anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Anggota polis melepaskan lima tembakan ke arah tayar kereta suspek dan dia berjaya ditangkap.

 ??  ?? AIERIERULL­AH (dua dari kiri) bersama Muhammad Iqbal (depan), Mohd Zikrilah (kanan) dan Mohammad Nordin di Mahkamah Sesyen Kota Bharu.
AIERIERULL­AH (dua dari kiri) bersama Muhammad Iqbal (depan), Mohd Zikrilah (kanan) dan Mohammad Nordin di Mahkamah Sesyen Kota Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia