Harian Metro

Permohonan Perahmat ditolak

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

 Ismail Kassim gagal bukti mahkamah ada bidang kuasa semak keputusan jawatankua­sa fatwa

Permohonan penasihat Pertubuhan Rahmatan Lil A’lamin (Perahmat) untuk menyemak keputusan Jawatankua­sa Fatwa Negeri yang menfatwaka­n ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas sebagai menyelewen­g, ditolak Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Keputusan itu dibuat Hakim Abu Zaky Mohammad, selepas mendapati mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa menyemak keputusan dibuat jawatankua­sa fatwa itu.

Katanya, pemohon iaitu Ismail Kassim, 52, gagal membuktika­n mahkamah mempunyai kuasa membuat semakan itu.

“Mahkamah membenarka­n bantahan awal yang dikemukaka­n peguam responden dan mendapati permohonan pemohon Mahkamah Tinggi Syariah Seremban menyemak fatwa dikeluarka­n pada 30 Mac lalu mengikut Seksyen 66 Enakmen Pentadbira­n Agama Islam Negeri Sembilan 2003 adalah ditolak.

“Pemohon perlu membayar kos kepada responden (Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan) yang akan ditetapkan pentaksir di hadapan pentadbir mahkamah.

“Sekiranya pemohon mahu membuat rayuan, ia perlu dikemukaka­n kepada Jawatankua­sa Fatwa Negeri itu sendiri yang mengeluark­an fatwa terbabit,” katanya.

Terdahulu, Ismail yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menangguhk­an keputusan kerana perlu melantik peguam baru selepas peguam yang mewakiliny­a sebelum ini, menarik diri tanpa notis. Bagaimanap­un, peguam responden, Datuk Hanif Hassan membantah permohonan itu kerana pemohon diberikan hak dan peluang berhujah pada 6 Disember lalu dan semalam adalah ditetapkan untuk mendengar keputusan mahkamah.

Harian Metro pada 7 Disember lalu melaporkan, Perahmat mengemukak­an permohonan semakan berhubung Ajaran Ilmu Syahadah dan Zikir Nafas yang difatwakan menyelewen­g pada Mac lalu.

Perahmat selaku pemohon mengemukak­an permohonan mengikut Seksyen 66 Enakmen Pentadbira­n Negeri Sembilan 2003.

 ??  ??
 ??  ?? ISMAIL diiringi pengikutny­a ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, semalam.
ISMAIL diiringi pengikutny­a ketika hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia