Harian Metro

Muka selamba

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@hmetro.com.my

 Buruh dipenjara enam bulan selepas mengaku salah mahu aib dengan hantar DVD lucah kepada ibu tunggal

Seorang buruh kampung selamba mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas didakwa mahu mengaibkan seorang ibu tunggal dengan menghantar satu cakera video digital (DVD) lucah dan kertas tulisan tangan mempunyai ayat tidak senonoh, Jumaat lalu.

Tertuduh, Megat Amir Asrul Megat Shaharuddi­n, 32, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadarudin.

Mohd Fitri kemudian menjatuhka­n hukuman penjara enam bulan dari tarikh tangkapan iaitu bermula Sabtu lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, Megat Amir Asrul didakwa dengan maksud mahu mengaibkan kehormatan seorang ibu tunggal berusia 52 tahun apabila memberikan satu DVD lucah dan kertas tulisan tangan mempunyai ayat tidak senonoh dengan maksud tulisan dan DVD berkenaan mengganggu kesantunan wanita berkenaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan rumah wanita itu di Mukim Lambor Kiri, Bota, jam 7.15 pagi, Jumaat lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 509, Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Inspektor Hamidah Hamzah, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Harbans Kaur.

 ?? FOTO: MUHAIZAN YAHYA ?? MEGAT Amir Asrul dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Parit, semalam.
FOTO: MUHAIZAN YAHYA MEGAT Amir Asrul dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Parit, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia