Harian Metro

Lemas dalam bilik

- Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my

 Mayat lelaki tidak pulang ditemui dalam kamar VIP restoran

Rahsia seorang lelaki yang tidak pulang sejak tengah malam kelmarin terbongkar apabila mayatnya ditemui dalam bilik kenamaan (VIP) restoran yang dikongsi bersama rakannya di Jalan Moulnein, Pulau Tikus di sini, semalam.

Mayat lelaki berusia 40-an itu ditemui dalam keadaan duduk di kerusi dalam bilik VIP berkenaan dan dia dipercayai membunuh diri dengan membakar arang dan menutup pintu.

Menurut sumber, ibu mangsa yang pelik selepas anaknya itu tidak pulang menghubung­i rakan kongsinya yang kemudian ke restoran terbabit jam 4 petang sebelum melihat mangsa dalam keadaan duduk di atas kerusi.

“Rakan mangsa pada mulanya menyangka mangsa sedang berehat di atas kerusi terbabit namun terkejut apabila melihat mangsa dalam keadaan kaku dan tidak bergerak.

“Dia kemudian menghubung­i hospital dan pemeriksaa­n pegawai perubatan mengesahka­n mangsa sudah meninggal dunia empat jam sebelum itu kerana lemas akibat terhidu asap,” katanya.

Sumber berkata, hasil pemeriksaa­n awal mendapati mangsa tertekan kerana mengalami masalah kewangan namun polis masih menjalanka­n siasatan lanjut berhubung kematianny­a itu. “Kita sudah mengambil keterangan daripada rakan mangsa serta ahli keluargany­a dan setakat ini siasatan mendapati kes terbabit tidak mempunyai unsur jenayah.

“Setakat ini, kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia