Harian Metro

Remaja sah dinodai 2 kali

- Nurul Hidayah Bahaudin nurulhiday­ah@hmetro.com.my

 Polis bakal ambil keterangan suspek terlantar di hospital

Remaja perempuan berusia 13 tahun yang juga mangsa dera penjaga sebuah pusat rawatan kesihatan di Semenyih, Selangor dipercayai pernah dirogol dua pelanggan ketika berada di rumah sewa suspek di Sri Petaling di sini, Oktober lalu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan Perundanga­n) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Mohd Hanafiah Arshad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 24 Disember lalu sebaik mangsa mendedahka­n dia didera penjaga berusia 41 tahun.

“Berdasarka­n keterangan mangsa, dia mendakwa dirogol dua lelaki yang juga pelanggan ketika berada di rumah sewa berkenaan pada Oktober lalu.

“Difahamkan, mangsa dilatih mengurut wanita yang baru lepas bersalin selain pelanggan lelaki,” katanya.

Mohd Hanafiah berkata, mangsa mendakwa suspek ada menerima sejumlah wang sebaik dia selesai ‘melayan’ pelanggan.

“Bagaimanap­un, siasatan lanjut berhubung perkara ini masih berjalan termasuk mengambil keterangan suspek yang kini direman.

“Pada masa sama, pegawai penyiasat juga akan mengambil keterangan pemilik pusat rawatan kesihatan berusia 54 itu yang masih terlantar di Hospital Kuala Lumpur (HK) akibat komplikasi jantung bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan, remaja terbabit melecur pada badan, tangan dan mulut akibat ditekap menggunaka­n senduk panas oleh suspek pada 18 Disember lalu.

Mangsa turut mendakwa dipaksa melayan pelanggan suspek yang turut merogolnya.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro semalam.
LAPORAN Harian Metro semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia