Harian Metro

AJAL DATANG AWAL

- Rosliza Mohamed am@hmetro.com.my

 3 remaja maut dalam 2 kemalangan berasingan

Kota Bharu

Tiga remaja termasuk dua pelajar maut manakala dua lagi mangsa cedera dalam dua kemalangan berasingan di Kilometer 7, Jalan Tebing Tinggi, Pasir Puteh dan Kilometer 2, Jalan Selising, daerah sama, semalam.

Mereka yang maut adalah penunggang dan pembonceng motosikal, Mohamad Akmal Mohd Hamzah, 14, dan rakannya Amirul Mustaqim Mohamed, 16, serta Mohamad Redzuan Che Men, 18.

Dua mangsa yang cedera adalah pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova berusia 25 tahun dan pemandu Proton Preve berusia 51 tahun.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superinten­dan Abdul Rozak Muhammad berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira jam 1 pagi membabitka­n Mohamad Akmal dan Amirul Mustaqim yang menunggang motosikal Honda Wave dari Tok Bali menghala Pasir Puteh.

“Motosikal ditunggang­i mangsa dipercayai hilang kawalan lalu bertembung dengan Toyota Innova dipandu lelaki berusia 25 tahun menyebabka­n mangsa parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kejadian kedua berlaku jam 7.40 pagi di Jalan Selising mengakibat­kan Mohamad Redzuan yang menunggang motosikal Honda EX5 maut.

Mangsa ketika itu dari arah Selising menghala Kok Lanas berlanggar dengan Proton Preve dipandu wanita berusia 51 tahun.

“Mangsa juga meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga.

“Kes disiasat mengikut Seksyen

41(1), Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia