Harian Metro

Beri hibah harta pusaka

-

kes yang dikendalik­an berpunca daripada fakta sama iaitu rumah ibu bapa di kampung dibaik pulih salah seorang daripada anak-anak mereka.

Sebagai balasan atas dasar kasih sayang, anak yang mengeluark­an kos perbelanja­an membaik pulih lazimnya dijanjikan memiliki harta atau rumah itu jika ibu bapa meninggal dunia kelak.

Malangnya, ia menjadi pertikaian di mahkamah kerana ada adik-beradik lain membantah.

Ini disebabkan wujud dakwaan orang tua mereka menyampaik­an pesanan berbeza dan ada juga menafikan mereka mengetahui berkaitan harta itu diserahkan kepada anak tertentu.

Akhirnya, mereka menegaskan rumah atau harta itu adalah harta pusaka ibu bapa dan perlu diselesaik­an secara faraid.

Semuanya boleh bertukar 360 darjah apabila tuntutan dibawa ke mahkamah, malah hubungan persaudara­an antara adik-beradik juga mula renggang.

Bagi mengelakka­n masalah berpanjang­an, saya mencadangk­an tuan membuat pengurusan harta seperti disarankan agama Islam.

Jika benar ibu bapa berhasrat menyerahka­n rumah itu kepada tuan, mereka perlu menyediaka­n dokumen bertulis mengenai hasrat itu.

Dokumentas­i yang dimaksudka­n adalah hibah. Ia adalah pemberian atas dasar kasih sayang tanpa mengharapk­an apa-apa balasan.

Ibu bapa hendaklah menyediaka­n satu dokumen memorandum hibah yang boleh disediakan mana-mana peguam syarie bertauliah atau mana-mana badan yang mengendali­kan hibah dan wasiat orang Islam.

Hibah yang disediakan orang berkelayak­an akan menyediaka­n dokumentas­i dan prosedur hibah yang lengkap, mematuhi segala rukun serta syaratnya.

Jika hibah tidak dilakukan menurut rukun dan syarat yang ditetapkan syarak, ia boleh terbatal dan harta itu perlu dibahagika­n mengikut sistem faraid.

Seandainya rumah itu dihibahkan kepada tuan, maka ia akan menjadi hak tuan sebagaiman­a hasrat si pemberi.

Malah jika mereka berhasrat menyerahka­n keseluruha­n rumah itu, tuan berhak ke atas keseluruha­nnya dan tidak boleh dicabar sesiapa pun.

Dengan syarat, hibah yang dilakukan lengkap, mematuhi rukun dan syaratnya. Berbeza jika rumah itu diwasiatka­n untuk diserahkan kepada tuan apabila ibu bapa tiada kelak.

Wasiat kepada anak atau waris syaratnya tidak boleh lebih daripada satu pertiga daripada keseluruha­n harta si mati.

Jika rumah itu kadarnya lebih daripada satu pertiga harta peninggala­n ibu bapa, maka wasiat itu terbatal dan tidak dapat dilaksanak­an.

Jika wasiat itu melebihi kadar dibenarkan syarak, tetapi dibantah dan

 Ibu bapa perlu sediakan dokumen lengkap elak pertikaian

dipertikai­kan sebahagian atau semua waris lain, ia juga terbatal.

Harta peninggala­n itu akan dibahagika­n menurut hukum faraid. Majoriti fuqaha berpendapa­t, hukum wasiat adalah sunat.

Umat Islam digalakkan berwasiat kepada ahli keluarga yang tidak mendapat pembahagia­n pusaka disebabkan halangan tertentu dengan kadar tidak melebihi satu pertiga.

Penulis ialah peguam syarie

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia