Harian Metro

Makkah, Madinah kota suci penuh berkat

-

Makkah dan Madinah adalah dua kota suci yang penuh keberkatan. Ia sentiasa menjadi tumpuan umat Islam untuk beribadat sepanjang tahun.

Masjidilha­ram di Makkah terutamany­a tidak pernah sunyi dikunjungi manusia dari seluruh dunia. Umat Islam melaksanak­an tawaf mengelilin­gi Kaabah silih berganti sepanjang 24 jam tanpa henti.

Atas kemuliaan dan keberkatan dua kota itu, umat Islam sama ada kaya atau miskin, sempurna dan kurang upaya semuanya membawa diri untuk mendekatka­n diri kepada Allah SWT.

Mereka bersemanga­t untuk membersihk­an diri daripada kesalahan yang pernah dilakukan serta iltizam menjadi lebih baik apabila mereka pulang.

Ramai yang melakukan penghijrah­an selepas melalui proses ‘kembara penyucian’ penuh berkat itu.

Makkah dan Madinah menjadi tempat paling dekat untuk menyelusur­i sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW. Baginda membawa Islam dengan menggantik­annya secara keseluruha­nnya daripada kepercayaa­n jahiliah yang menyekutuk­an Allah SWT.

Kunjungan ke kota suci itu bukan hanya untuk ibadat ritual semata-mata tetapi memberikan pengajaran kepada kita.

Lawatan ke Jabal Rahmah (Bukit Kasih Sayang) di padang Arafah memperliha­tkan tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa selepas mereka terpisah selama beberapa ratus tahun selepas dikeluarka­n dari syurga.

Nabi Adam dikatakan diturunkan di Benua

India sementara Hawa diturunkan di Jeddah dan bertemu di bukit itu.

Di Padang Arafah jugalah menjadi tempat yang sangat bersejarah apabila wahyu terakhir diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Peristiwa itu berlaku pada Jumaat selepas Asar dan pada musim haji terakhir (Wada’). Dalam Surah al-Maidah, ayat 3, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Pada hari ini, orang-orang kafir putus asa (daripada memesongka­n kamu) daripada agama kamu (selepas mereka melihat perkembang­an Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepada-Ku. Pada hari ini, Aku sudah sempurnaka­n bagi kamu agama kamu dan Aku cukupkan nikmat-Ku kepada kamu dan Aku redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.”

Satu lagi tempat yang biasa dikunjungi ketika berada di Makkah ialah Masjid Hudaibiyah. Terletak di daerah Syumaisyi iaitu kira-kira 26 kilometer dari Masjidilha­ram.

Ia juga salah satu tempat miqat untuk umrah. Hudaibiyah menjadi tempat yang amat bersejarah kerana menjadi tempat Nabi Muhammad SAW menandatan­gani perjanjian damai di antara orang Islam Madinah dan musyrikin Makkah pada tahun keenam Hijrah

(628 Masihi) yang dinamakan sebagai Perjanjian Hudaibiyah.

Wakil musyirikin Makkah diwakili Suhail bin Amr. Intipati perjanjian itu ialah gencatan senjata selama 10 tahun, musyrikin Makkah yang menganut Islam mesti dihantar balik, umat Islam Madinah yang memihak kepada musyrikin tidak perlu dihantar balik, suku/kabilah Arab bebas menyokong Islam atau musyrikin dan ibadat umrah hanya boleh dilakukan tahun berikutnya.

Walaupun pada awalnya perjanjian itu dilihat berat sebelah kerana lebih memihak kepada orang bukan

Islam Makkah tetapi impak perjanjian itu amat besar kepada Islam.

Islam semakin berkembang hingga membawa kepada pembukaan Makkah secara damai dengan pembebasan daripada pihak musyrikin Makkah.

Malah ia menjangkau lebih meluas ke seluruh tanah Arab. Perjanjian itu juga memperliha­tkan bagaimana Nabi SAW menunjukka­n ciri kepemimpin­an iaitu berpandang­an jauh dan sifat kesabaran ketika proses rundingan dijalankan.

Penulis ialah Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Profesor Jabatan Kimia dan Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia

 ??  ?? JABAL Rahmah tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa di dunia selepas terpisah dari syurga.
JABAL Rahmah tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa di dunia selepas terpisah dari syurga.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia