Harian Metro

‘Ini isu paling rumit’

-

Shahrir susun semula pengurusan FELDA, penstruktu­ran aset perkukuh kedudukan kewangan

(FIC) pada Januari serta penjualan aset seperti kereta mewah dan hotel Grand Plaza Service Apartment di London.

Dua aset milik FIC di London dan Kuching disiasat SPRM atas dakwaan pembelian pada kadar jauh lebih tinggi daripada kadar pasaran yang mengakibat­kan kerugian kepada anak syarikat FELDA itu.

Shahrir berkata, sewaktu mula menerima tugas pada Januari bukan saja peneroka tidak percaya kepada FELDA tetapi pihak bank juga tidak yakin dengan FELDA sehingga sukar untuk mendapatka­n pembiayaan kewangan.

Tawaran pembiayaan yang datang pula menuntut cagaran berlipat ganda nilainya daripada nilai pembiayaan.

“Melihat keadaan ini, kami mengambil keputusan menjual aset yang tidak diperlukan. Apa yang penting kedudukan kewangan FELDA distabilka­n segera. Melihat kesungguha­n FELDA, pada Jun lalu, Maybank tawarkan penerbitan sukuk. Saya pun mula-mula tak percaya, tetapi itu bukti bank kembali percaya kepada FELDA,” ujar beliau.

Di samping itu, Shahrir turut menyeru wakil kepada barisan lembaga pengarah yang bertanggun­gjawab memberi penjelasan berhubung pemberian status wakil penuh kepada syarikat Synergy Promede Sdn Bhd yang dibuat tanpa dilaporkan kepada lembaga pengarah.

“Mengapa keputusan dibuat awal tanpa kelulusan lembaga pengarah, hanya sahkan selepas itu sedangkan perkara itu besar. Mengapa PA (surat kuasa wakil penuh) yang begitu kuat kuasanya diberikan kepada syarikat itu? Keputusan itu meragukan kerana dibuat sebelum daripada mesyuarat lembaga pengarah,” soal Shahrir.

Menurut rekod, PA itu dianugerah­kan pada 3 Jun 2014 dan hanya dilaporkan kepada lembaga pengarah pada 2 September tahun yang sama.

“Orang di luar FELDA tak tahu apa yang berlaku di dalam. Kita dapat tahu tentang isu tanah dipindah milik pada hujung Januari tahun ini. Mulai saat itu kita cermat sikit susun langkah kerana ia melibatkan pelbagai pihak termasuk jabatan dan kakitangan kerajaan.

“Sehinggala­h dapat kelulusan daripada Jabatan Peguam Negara, Perdana Menteri pun tahu. Pendapat Jabatan Peguam negara amat tegas iaitu ‘batalkan PA dan daftarkan kaveat. Itulah hala tuju yang kita ambil sepanjang kes ini,” kata beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia