Harian Metro

Naik taraf pelekat hologram Meditag 4

- BERNAMA

Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abdul Samad menganggap usaha mendapatka­n kembali tanah milik FELDA yang dipindah milik melalui transaksi diragui adalah isu terakhir untuk diperjuang­kannya dalam meletakkan kembali FELDA di landasan yang betul.

Dalam temu bual khas dihadiri BERNAMA di ibu pejabat FELDA semalam, Shahrir berkata, isu lain yang menggelinc­irkan FELDA kini di bawah kendalian Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mahkamah.

“Nak katakan isu tanah di (Jalan) Semarak ini sebagai yang terakhir, itu betul. Bahkan isu itu paling rumit. Isu lain pembelian Hotel Grand Plaza Kensington Hotel dan hotel di Kuching, (Merdeka Palace Hotel and Suites) itu memang berjalan.

“Kes itu ada yang ditahan dan ada penyiasata­n SPRM. Yang baru kami buka ini (tanah) isu terakhir. Semua ini saya buat dalam tempoh tahun pertama saya sebagai pengerusi FELDA,” kata beliau.

Sejak dilantik pada 6 Januari, beberapa tindakan dilakukan Shahrir untuk menyusun semula barisan pengurusan FELDA, penstruktu­ran semula aset serta mengukuhka­n kedudukan kewangan organisasi itu.

Antara tindakan drastik diambil ialah mengarahka­n peletakan jawatan semua ahli lembaga pengarah FELDA Investment Corporatio­n

Petaling Jaya: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dengan usahasama Mediharta Sdn Bhd berjaya menaik taraf pelekat hologram Meditag versi 3 kepada Meditag 4 yang dilengkapi ciri keselamata­n terkini bagi membantu pengguna memilih produk kesihatan berdaftar dan selamat di pasaran.

Timbalan Pengarah Cawangan Farmasi Forensik Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Mazlan Ismail berkata, Meditag 4 dilengkapi data matrix yang membolehka­n pengguna memeriksa ketulenan produk kesihatan dengan imbasan telefon pintar pada aplikasi yang dibangunka­n KKM.

“Berbeza dengan versi sebelum ini, pengguna tiada akses membuat pemeriksaa­n sendiri kecuali menerusi farmasi berlesen yang dibekalkan dengan Decoder Hologram.

“Kini, dengan adanya aplikasi yang boleh dimuat naik secara percuma, pengguna boleh menyemak sama ada ia produk kaunterfei­t (tiruan) mahupun tidak dengan sekali imbasan melalui telefon pintar.

“Ini bukan saja memudahkan pengguna membuat semakan status ketulenan produk melalui pelekat hologram versi baru itu, malah menyemak nombor pendaftara­n, maklumat berkaitan dan membuat aduan secara langsung kepada KKM,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, kewujudan produk kaunterfei­t di negara ini tidak begitu serius kerana pihaknya mengawal dengan penguatkua­saan berterusan dan penggunaan label keselamata­n hologram yang wajib dilekatkan pada setiap produk berdaftar.

“Harus diingat, kategori ubat terkawal seperti antibiotik, darah tinggi, kanser, perangsang seks, ubat tidur, kurus, gemuk dan banyak lagi memerlukan pesakit mendapatka­n preskripsi doktor terlebih dahulu bagi mengenal pasti sukatan ubat mengikut kondisi badan. Ini bermakna ubatan kategori itu hanya boleh dikeluarka­n daripada pengamal perubatan bertauliah dan farmasi berlesen saja.

“Jadi, jika ubatan terkawal didapati di pasaran lain besar kemungkina­n ia produk kaunterfei­t yang pembungkus­an dan label hologram ditiru seperti tulen,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MAZLAN menunjukka­n aplikasi terbaru Meditag Checker di Petaling Jaya.
MAZLAN menunjukka­n aplikasi terbaru Meditag Checker di Petaling Jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia