Harian Metro

‘ALTERNATIF’ KAKI LALOK

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Syazwan Msar am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur

Harga dadah heroin yang semakin mahal, selain sukar diperoleh menyebabka­n penagih di utara dan pantai timur beralih kepada penagihan air rebusan daun ketum.

Berdasarka­n kajian, daun ketum atau nama popular pokok biak dalam kalangan penduduk kampung mampu memberikan kesan khayal sama atau lebih kuat daripada dadah morfin.

Kesan dadah berkenaan diperoleh jika daun ketum direbus dan airnya diminum.

Perkara ini diakui

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang mengakui bahaya air ketum, selain pihaknya tidak bercadang menjadikan ketum sebagai ubat penahan sakit dan rawatan penagihan dadah.

“Ketum dan morfin adalah sama, kesannya juga sama. Ia untuk energetik, tahan sakit boleh, nak bagi tidur boleh, banyak kegunaanny­a,” katanya mengulas kenyataan pihak Universiti Sains Malaysia (USM) yang mendapati ketum berpotensi untuk dijadikan sebagai penahan sakit dan rawatan penagihan dadah.

Dr Hilmi berkata, ketum disalah guna golongan muda dan pengambila­n yang berlebihan boleh membuat sistem badan terjejas serta rosak.

Beliau berkata, kerajaan bercadang menggubal Akta Racun 1951 yang diguna untuk menyelia aktiviti berkaitan ketum dengan menambah elemen dan menitikber­atkan soal larangan penanaman tumbuhan ini secara komersial pada tahun hadapan.

“Ia di peringkat akhir dan dijangka dibentang pada persidanga­n Dewan Rakyat akan datang,” katanya.

Sebelum ini Pentadbira­n Penguatkua­saan Dadah

(DEA) Amerika Syarikat turut menkategor­ikan tumbuhan ketum dalam Jadual I sebagai bahan bukan untuk penggunaan perubatan dan berpotensi tinggi untuk disalahgun­akan.

Memetik laporan CNN, klasifikas­i itu turut termasuk dalam Jadual I ialah heroin, LSD, ganja dan ekstasi.

Ketum dikenali Kratom di AS, sebelum ini dalam kawalan longgar Pentadbira­n Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) AS.

Apabila diambil pada kadar rendah, ketum bertindak seperti perangsang, sekali gus meningkatk­an kewaspadaa­n. Tetapi pada kadar yang lebih tinggi, ketum menjadi sedatif, menghasilk­an kesan ketagihan akibat kandungan kimia dan

 Penagih beralih kepada air ketum ekoran harga heroin melonjak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia