Harian Metro

Memori Ampang Park

- Asmah Rusman

 Rata-rata pemilik, peniaga simpan 1001 kenangan mengusik

Biarpun sedih kerana terpaksa meninggalk­an pusat beli-belah yang sudah beroperasi selama 44 tahun lalu, rata-rata pemilik dan peniaga di Ampang Park terpaksa ‘melepaskan’ premis mereka demi memberi laluan kepada pembanguna­n.

Ada yang sudah berpindah, ada yang memilih untuk menamatkan perniagaan dan segelintir pula setia menunggu hingga tarikh akhir penutupan iaitu Ahad ini.

Mengakui premis berkenaan menyimpan 1001 kenangan kepada mereka, malah ada yang sudah beroperasi sejak tiga generasi dan mempunyai pelanggan tetap termasuk dari luar negara.

Bagi pemilik kedai makan Cozy Corner, Lim Joo Tan, 41, keputusan itu dibuat dengan berat hati, tetapi perpindaha­n perlu dibuat untuk kelangsung­an perniagaan­nya.

“Memang sedih kerana tapak perniagaan ini adalah warisan dan peninggala­n keluarga kami, tetapi ini (pindah) adalah yang terbaik.

“Kami sudah menamatkan perniagaan di Ampang Park Ahad lalu dan akan berpindah ke pusat beli-belah Ampang Point yang mana kedai akan beroperasi pada Mac tahun depan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Lim berkata, dia berharap pelanggan Cozy Corner akan terus memberi sokongan meskipun sudah berpindah ke lokasi baru.

“Cozy Corner masih sama, cuma premis dan lokasi saja berbeza,” katanya yang memberitah­u premis baru itu dalam proses ubah suai.

Bagi peniaga barangan kraf, Jennifer Lee, 55, kedai itu dianggap seperti rumah kedua buat dirinya yang mula membantu datuk ketika berusia enam tahun.

“Selalu hujung minggu atau cuti sekolah saya datang untuk menyusun barang dan mengemas kedai ini. Pastinya banyak kenangan, tapi apa boleh buat,” katanya.

Katanya, kedai itu dipenuhi barang dan perlu mengambil masa lama untuk mengemas, selain belum mencari tempat baru.

Bagi peniaga kedai muzik yang mahu dikenali sebagai Ong, 67, dia pasrah dengan nasib yang menimpa pusat beli belah berkenaan.

“Saya berniaga di sini pada 1974 dan ketika itu masih bujang sehingga sudah mempunyai cucu. Tak tahu hendak gambarkan perasaan ini apabila diberitahu ia akan dirobohkan.

“Bukan saja menyimpan kenangan indah kepada peniaga malah pelanggan kami juga melahirkan rasa sedih dengan ‘kehilangan’ Ampang Park,” katanya yang akan bersara daripada perniagaan itu.

Semalam, tinjauan Harian Metro mendapati pusat beli belah berkenaan sesak dikunjungi orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang menyerbu jualan penghabisa­n stok dan ‘selamat tinggal’.

Malah, ada juga yang datang semata-mata mahu mengabdika­n kenangan dan bergambar di pusat beli belah itu.

 ?? Lim Joo Tan ?? Memang sedih kerana tapak perniagaan ini adalah warisan dan peninggala­n keluarga kami, tetapi ini (pindah) adalah yang terbaik”
Lim Joo Tan Memang sedih kerana tapak perniagaan ini adalah warisan dan peninggala­n keluarga kami, tetapi ini (pindah) adalah yang terbaik”
 ??  ?? AMPANG Park pada 29 April 1988.
AMPANG Park pada 29 April 1988.
 ??  ?? SUASANA di Ampang Park pada 1987.
SUASANA di Ampang Park pada 1987.
 ??  ?? BEBERAPA kedai masih beroperasi di pusat beli-belah Ampang Park yang akan ditutup sepenuhnya Ahad ini.
BEBERAPA kedai masih beroperasi di pusat beli-belah Ampang Park yang akan ditutup sepenuhnya Ahad ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia