Harian Metro

Lubang sakit hati

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

 3 pelukis terjemah perasaan ‘belas’ menerusi karya seni unik

Menjadikan kemusnahan sejarah, pokok, binatang dan manusia yang berlaku di sekeliling sebagai rasa ‘belas’, Shin Pui San, 29, tampil dengan hasil karya yang cukup unik.

Mengetenga­hkan seni instalasi berkonsepk­an diorama, karya Pui San atau lebih dikenali sebagai Novia ini hanya boleh dilihat menerusi lubang kecil dan bukan dipamer di dinding galeri seperti kebiasaann­ya.

Novia berkata, lubang kecil itu mewakili hatinya yang sakit dan sedih dengan kemusnahan yang berlaku dalam kehidupann­ya.

“Ketika memandu, saya sering melihat binatang yang dilanggar di tengah jalan. Pokok rambutan di kampung yang ditanam datuk juga ditebang kerana ia mengganggu jiran. Itu belum lagi kemusnahan yang berlaku di Lembah Bujang dan pembanguna­n yang pesat membangun kini.

“Semua itu menunjukka­n betapa manusia kini tidak punya rasa belas dan tidak menghargai haiwan, tumbuhan dan sejarah.

“Jadi, apabila pengunjung mengintai di sebalik lubang kecil itu, mereka dapat melihat sendiri bagaimana kesedihan serta kekecewaan yang saya rasai.

“Saya juga berharap, mereka turut sama merasa kesedihan itu,” katanya.

Novia seorang daripada tiga pelukis yang terbabit dalam Pameran 3BELAS yang kini berlangsun­g di Galeri Crative Space 1, Balai Seni Negara sehingga 16 Januari depan.

Pameran

ini dirasmikan Exco Puteri UMNO Khaidirah Abu Zahar atau Dira Abu Zahar. Turut hadir, Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Profesor Datuk Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa.

Gandingan Novia bersama dua lagi pelukis iaitu Shaliza Juanna Mohd Jeffry, 28, dan Elaine Wong, 41, pameran 3BELAS memaparkan 40 karya seni unik yang mempunyai cerita tersendiri.

Bagi Shaliza pula, apa yang ingin diketengah­kan terzahir dari penghayata­n pengunjung sendiri terhadap karya seninus.

Memilih boneka sebagai subjek utama dengan penyampaia­n dalam bentuk catan dan arca, pengunjung pastinya teruja dengan apa yang dilihat.

“Kalau dilihat, boneka yang dipaparkan ini dihasilkan dengan emosi tersendiri.

“Jadi, apabila pengunjung melihatnya, akan terpancar perasaan ‘belas’ mereka sendiri terhadap apa yang dilihat,” katanya.

Sementara itu, Elaine pula mengekspre­sikan dirinya sendiri melalui lukisan yang dipamerkan.

“Saya pemalu dan susah untuk meluahkan atau mengekspre­sikan perasaan yang dirasai dalam diri.

“Jadi, dengan mengetenga­hkan kucing hitam dalam setiap lukisan, ia menggambar­kan dan mengekspre­sikan segala perasaan dan dalaman saya,” katanya.

 ?? NURUL SHAFINA JEMENON ?? SHALIZA (kiri) berbincang dengan Dr Mohamed Najib (kanan) dan Dira selepas Majlis Perasmian Pameran 3 Belas di Creative Space 1, Balai Seni Negara.
NURUL SHAFINA JEMENON SHALIZA (kiri) berbincang dengan Dr Mohamed Najib (kanan) dan Dira selepas Majlis Perasmian Pameran 3 Belas di Creative Space 1, Balai Seni Negara.
 ??  ?? ELAINE
ELAINE
 ??  ?? NOVIA
NOVIA
 ??  ?? SHALIZA
SHALIZA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia