Harian Metro

Dua beradik pemuas nafsu luar tabii sepupu

- Nur Saliawati Salb-eri nursaliawa­ti@ mediaprima.com.my

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun menjadikan dua sepupunya sebagai mangsa untuk memuaskan nafsu dengan melakukan seks luar tabii di kediaman keluargany­a di Puncak Saujana 12 September lalu.

Mangsa yang juga lelaki adalah pasangan adik-beradik berumur empat dan enam tahun.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten

Komisioner Ahmad

Dzaffir Mohd Yusoff berkata, kejadian berlaku jam 9 malam.

“Ibu mangsa menghantar dua anaknya itu untuk dijaga ibu saudara mereka.

“Kami menerima laporan daripada ibu mangsa pada 22 Disember lalu selepas dua beradik berkenaan memaklumka­n mengenai kejadian itu.

“Berdasarka­n keterangan ibu mangsa, dia memaklumka­n suspek melakukan perbuatan terkutuk itu dua kali ketika mangsa berada di rumah berkenaan,” katanya, semalam.

Menurut Ahmad Dzaffir, pihaknya sudah merekodkan keterangan suspek selepas dia tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang kelmarin bagi membantu siasatan.

Penjual buah dijatuhi hukuman penjara selama 39 tahun selepas mengaku bersalah melakukan khianat dengan merosakkan 38 kenderaan dan menceroboh sebuah pusat menjual kenderaan terpakai ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret, semalam.

Bagaimanap­un, tertuduh bernasib baik kerana mahkamah menetapkan hukuman penjara setahun bagi setiap 39 pertuduhan yang berjalan serentak bermula daripada tarikh dia ditahan pada Oktober lalu.

Terdahulu Majistret Norina Maludin, menjatuhka­n hukuman itu ke atas Hong Kok Kuan, 30, selepas tertuduh mengaku bersalah atas semua 39 pertuduhan terhadapny­a yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Prosiding kes berlangsun­g 20 minit bermula jam 1.45 petang, turut dihadiri ibu bapa Kok Kuan, yang dilihat menunggu di perkaranga­n mahkamah sejak pagi.

Lelaki itu berdepan 38 pertuduhan melakukan khianat dengan memecahkan cermin belakang dan depan, lampu dan bonet 38 kenderaan dipamerkan di sebuah pusat jualan kenderaan terpakai di Jalan Semabok, pada jam 11.30 malam, 3 September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia