Harian Metro

Buat ‘hal’ dalam LRT

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

 Pembantu restoran warga India tidak mengaku cabul 2 wanita

Seorang lelaki warga negara India mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas dua pertuduhan menggunaka­n kekerasan jenayah untuk mencabul dua wanita di dalam transit aliran ringan (LRT), dua minggu lalu.

Tertuduh, S Saravanaku­mar, 27, membuat pengakuan itu sebaik dua pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azali Ibrahim.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Saravanaku­mar didakwa menggunaka­n kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan dua wanita berusia 28 dan 29 tahun di bahagian peha dan kemaluanny­a.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam LRT Taman Bahagia menuju ke stesen LRT Jalan Universiti di sini, kira-kira jam 8.40 malam, 14 Disember lalu.

Tertuduh yang bekerja sebagai pembantu restoran didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin menawarkan jaminan RM15,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan dua orang penjamin warga negara Malaysia dengan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan perlu melapor diri ke balai polis berhampira­n sebulan sekali.

Peguam, Raj Preet Kaur yang mewakili tertuduh memohon jaminan yang lebih rendah dan bersedia untuk menerima sebarang syarat tambahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia