Harian Metro

Cucu curi, jual barang milik nenek ketika bercuti

-

Seorang lelaki yang tergamak mencuri motosikal dan pelbagai barangan dapur milik neneknya dijatuhi hukuman penjara selama 13 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhka­n hukuman itu selepas Mohamad Fahmiazuwa Abdullah, 22, mengaku bersalah terhadap tuduhan mengikut Seksyen 379A, Kanun Keseksaan (KK) kerana mencuri kenderaan bermotor dan Seksyen 380 KK kerana mencuri dalam bangunan.

Bagi tuduhan pertama, dia didakwa mencuri sebuah motosikal Yamaha Lagenda 110Z E milik Wook Abdullah, 75, di sebuah rumah di Kampung Seberang Bukit

Tumbuh, Seberang Takir, Kuala Nerus, kira-kira jam 8.30 malam, 6 Disember lalu.

Tertuduh turut didakwa mencuri tiga kampit beras, tiga kampit besar gula, dua periuk nasi elektrik, 20 peket minyak masak dan tiga tong gas di lokasi, masa dan tarikh sama.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nik Nur Adila Mat Zaidan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, mangsa yang baru tiba di rumahnya selepas bercuti di rumah anaknya di Perak kira-kira jam 8.30 malam, 6 Disember lalu terkejut apabila mendapati beberapa barangan dalam rumah hilang dan disyaki dicuri.

Mangsa kemudian bertanya kepada cucunya dan juga tertuduh yang berada di rumah sepanjang ketiadaann­ya sebelum tertuduh memaklumka­n barang berkenaan sudah dijual kepada rakannya sebelum melarikan diri.

Tidak cukup menjual barangan yang ada dalam rumah, mangsa terkejut apabila mendapati motosikaln­ya turut hilang sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia