Harian Metro

Di jalan raya Jeritan minta diselamat

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz azimfitri@hmetro.com.my

 Budak mandi laut bersama abang serta empat rakan lemas selepas dihanyutka­n ombak kuat

“Abang tolong, abang tolong.” Itu jeritan terakhir Nik Hafizuddin Nik Aziz, 12, yang meminta diselamatk­an abangnya serta empat rakan lain selepas dihanyutka­n ombak kuat di pantai Kuala Pontian di sini, kelmarin.

Mayat Nik Hafizuddin dari Kampung Parit Raja Pontian di sini, ditemui pada jam 1.30 tengah hari semalam, 150 meter dari lokasi dia dikatakan mandi bersama abang dan rakannya, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Rompin Deputi Superinten­dan Azli Mohd Noor berkata, mayat mangsa ditemui anggota bomba selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan sejak kelmarin.

“SAR diteruskan jam 8.15 pagi tadi (semalam) dan dijalankan di sekitar pesisir pantai. Lima jam kemudian mangsa ditemui anggota bomba dan mayat dibawa ke Hospital Rompin di sini, untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk pengebumia­n,” katanya, semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa dikatakan mandi bersama abang dan empat rakannya berusia 12 hingga 15 tahun sebelum dihanyutka­n ombak kuat.

Azli berkata, berdasarka­n temu bual dengan bapa kanak-kanak itu, Nik Aziz Nik Musa memaklumka­n anak keempat daripada enam beradik itu keluar dari rumah, jam 3 petang bersama abang dan rakan menaiki motosikal ke pantai.

Menurutnya, ketika mandi, mangsa hanya berseluar pendek hitam dan tidak berbaju sebelum dikatakan menjerit meminta tolong selepas dihanyutka­n arus laut yang kuat.

“Abang dan rakan mangsa cuba menyelamat­kannya termasuk meminta bantuan orang awam, namun gagal. Mereka menghubung­i pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang selamat adalah abang mangsa, Nik Saifuddin, 15, serta rakannya, Mohamad Adan Danial Kuling, 13, Mohd Fitri Mohd Zaini, 12, Mohd Hafizudin Ali, 12, dan Mohd Hazim Suhaimi, 15.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengiringi mayat pelajar yang ditemui lemas di pantai Kuala Pontian, Kuala Rompin.
ANGGOTA bomba mengiringi mayat pelajar yang ditemui lemas di pantai Kuala Pontian, Kuala Rompin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia