Harian Metro

Keroyok isteri enggan rujuk kembali

-

Seorang guru dikatakan dipukul suaminya gara-gara menolak permintaan suaminya untuk kembali bersama dalam kejadian di sebuah sekolah di daerah ini, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku jam 11 pagi ketika mangsa berusia 35 tahun berada di sekolah sebelum didatangi suaminya berusia 30-an yang mahu berbincang mengenai hubungan mereka.

Menurut sumber, perbincang­an pasangan berkenaan pada mulanya berjalan dengan baik apabila suspek meminta mangsa kembali bersamanya biarpun mereka dalam proses penceraian.

Katanya, mangsa bagaimanap­un menolak permintaan itu menyebabka­n suspek bertindak agresif apabila menarik tudung mangsa sebelum memukul belakang kepala dan badan wanita berkenaan.

“Suspek turut memulas pergelanga­n tangan kiri mangsa dan wanita itu memaklumka­n suspek sering bertindak demikian jika mereka bertengkar.

“Mangsa memaklumka­n kepada suspek supaya segala urusan perlu mengikut saluran undang-undang, namun lelaki itu tidak mengendahk­an, sebaliknya mengambil tindakan sendiri.

“Suspek juga dikatakan memegang kad pengenalan mangsa dan enggan memulangka­nnya menyebabka­n wanita itu bimbang ia disalahgun­akan sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Superinten­dan Suffian Sulaiman ketika dihubungi mengesahka­n menerima laporan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabka­n cedera dan Seksyen 18(A), Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia