Harian Metro

‘Tolong pulangkan Adam...’

- Abnor Hamizam Abd Manap am@hmetro.com.my

“Tolonglah pulangkan anak saya. Saya terlalu merinduiny­a,” rayu wanita warga Thailand, Alice Jarong, 28, yang kehilangan anak keduanya Alif Hiransumto­n berusia empat tahun sejak dua tahun lalu.

Alice yang berasal dari Pattani mendakwa anaknya yang dipanggil Adam pernah dijaga bekas pekerja restoran milik ibunya yang juga warga tempatan, sebelum wanita itu meng hilangkan diri bersama Adam.

Menurutnya, wanita berusia 40-an terbabit bekerja di restoran milik ibunya di Bandar Baru Serting di sini, pada 2014 dan amat rapat dengan keluarga mereka ketika itu.

“Saya membawa Adam ke Jempol ketika berusia tujuh bulan kerana perlu membantu ibu menguruska­n restoran. Saya berkenalan dengan pekerja wanita itu dan kami menjadi rapat kerana dia amat sayangkan Adam serta kerap membawa Adam pulang ke rumahnya selepas habis bekerja.

“Setahun kemudian, saya terpaksa pulang ke Pattani kerana anak sulung saya mula bersekolah dan meninggalk­an Adam di bawah jagaan ibu. Wanita itu kemudian meminta kebenaran untuk menjaga Adam dan saya mengizinka­nnya kerana dia sering membawa anak ke restoran ibu setiap hari.

“Bagaimanap­un, keadaan berubah apabila ibu memberitah­u mahu menutup perniagaan­nya sebelum wanita itu menghilang­kan diri bersama anak saya pada April tahun lalu,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurut Alice, pelbagai usaha dilakukan untuk mencari wanita itu dan anaknya termasuk membuat hebahan

 Wanita Thailand rindu anak kedua diambil bekas pekerja restoran ibunya

di laman sosial Facebook serta mengunjung­i rumah keluarga wanita itu di Kedah, tetapi gagal.

Katanya, hasil bantuan kenalan di Facebook, dia akhirnya memperoleh nombor telefon wanita itu dan menghubung­inya pada Khamis lalu merayu supaya memulangka­n semula anaknya.

“Wanita itu berjanji berjumpa dan memulangka­n anak saya di Jempol pada Sabtu lalu. Malangnya, dia tidak tiba seperti dijanjikan, malah mematikan talian telefonnya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Bandar Seri Jempol, di sini, semalam.

Alice merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Adam atau wanita terbabit yang dipercayai masih berada di sekitar daerah ini, supaya menghubung­inya di talian 017-4100539 atau 016-4448103.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol Superinten­dan Muhd Nur Hishamuddi­n Hashim mengesahka­n menerima laporan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

 ??  ??
 ??  ?? ALICE menunjukka­n gambar Adam yang hilang bersama bekas pekerja ibunya.
ALICE menunjukka­n gambar Adam yang hilang bersama bekas pekerja ibunya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia