Harian Metro

Kecoh di balai polis Belajar di pesantren

- Nor Farhani Che Ad am@hmetro.com.my

Penagih dadah dikenal pasti di Baling akan dihantar ke Indonesia bagi proses pemulihan daripada gejala penagihan dadah.

Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, menerusi inisiatif itu, pihaknya bekerjasam­a dengan pelbagai pihak termasuk Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), polis, pejabat daerah, guru dan masyarakat dalam usaha menjadikan daerah itu sifar najis dadah.

“Seriusnya di Baling adalah aktiviti air ketum, hidu gam dan ada yang dah mula masuk ke sekolah menjual syabu semurah RM5.

“Untuk tahun depan, kita akan perangi musuh nombor satu negara iaitu dadah habis habisan di daerah ini.

“Kita akan menghantar penagih dadah yang kita kenal pasti ke pusat pemulihan di Indonesia seperti di pesantren di Bandung dan Surabaya untuk proses pemulihan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Majlis Penyampaia­n Pakaian Seragam Sekolah dan Gunting Rambut Parlimen Baling di Dewan Kompleks Rakan Muda Batu 42, Pulai di sini, semalam. Katanya, selepas golongan itu pulih, pihaknya akan mencari pekerjaan bersesuaia­n di daerah lain bagi mengelakka­n golongan itu kembali terjebak dengan penagihan dadah.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya menggunaka­n pendekatan melalui penagih bagi mengesan kumpulan pengedar dadah.

“Kita akan bersama beberapa agensi terbabit dalam membantera­s tokan dadah yang berleluasa di Baling.

“Mereka kebanyakan­nya datang dari luar, bagaimanap­un mereka menggunaka­n penduduk Baling bagi

 Penagih dikenal pasti akan dihantar ke Indonesia jalani pemulihan

menjalanka­n aktiviti mengedar dadah di sekitar daerah ini,” katanya.

Ketua Pegawai AADK Baling Ardina Ishak berkata, setakat ini, 700 penagih berdaftar di bawah AADK daerah Baling.

Katanya, 80 peratus daripada jumlah itu adalah belia berusia 15 hingga 40 termasuk pelajar sekolah.

 ??  ??
 ??  ?? ABDUL Azeez (tengah) bersama pelajar yang menerima bantuan persekolah­an.
ABDUL Azeez (tengah) bersama pelajar yang menerima bantuan persekolah­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia