Harian Metro

‘Ramai berhati mulia’

- Mohamad Zulhairie Manzaidi am@hmetro.com.my

Nasib seorang bapa tunggal yang terpaksa menjaga tiga anak orang kurang upaya (OKU) di Kampung Kok Keli 1 di sini, terus mendapat perhatian pihak yang prihatin.

Terbaru, Mohd Zain Abdullah, 54, menerima kunjungan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) diketuai Timbalan Yang Dipertuany­a, Dr Nik

Mohd Azlan Ab

Hadi yang memberikan sumbangan RM2,000.

Mohd Zain ketika ditemui berkata, dia bersyukur dengan pelbagai sumbangan diterima sejak kisahnya yang perlu membesarka­n tiga anak OKU bersendiri­an tanpa isteri selepas dilaporkan media pada 20 Disember lalu.

“Alhamdulil­lah, banyak pihak prihatin memberikan sokongan dan bantuan kepada saya. Saya bersyukur dan berterima kasih. Wang bantuan MAIK akan digunakan untuk keperluan anak dan rumah memandangk­an buat masa ini saya tidak dapat bekerja.

“Sejak kematian isteri (Nooraini Ismail) pada 18 Disember lalu, saya berhenti sementara sebagai tukang

 Bapa tunggal syukur dapat sumbangan pelbagai pihak prihatin nasib 3 anak OKU

rumah untuk memberi tumpuan penuh kepada tiga anak istimewa saya,” katanya ditemui di rumahnya, semalam.

Sementara itu, Dr Nik Mohd Azlan berkata, sumbangan disampaika­n itu hasil kutipan zakat bagi membantu meringanka­n beban keluarga berkenaan.

“Kami menimbangk­an untuk memberi biasiswa pendidikan RM120 kepada seorang anak Mohd Zain yang masih bersekolah dalam tingkatan dua. Bagaimanap­un, dia perlu membuat permohonan terlebih dulu dan kami memberikan keutamaan,” katanya.

Kisah Mohd Zain disiarkan media selepas isterinya meninggal dunia akibat barah payu dara menyebabka­n lelaki berkenaan membesarka­n tiga anak OKU yang menghidap cerebral palsy bersendiri­an.

Bapa tujuh anak itu hanya dibantu anak kedua, Ummi Syamirah, 25, yang berhenti kerja sebagai jurujual, manakala tiga anak lain masih bersekolah dan menuntut di institusi pengajian tinggi.

 ??  ?? MOHD Zain menerima sumbangan daripada Dr Nik Mohd Azlan di rumahnya di Kampung Kok Keli 1, s emalam.
MOHD Zain menerima sumbangan daripada Dr Nik Mohd Azlan di rumahnya di Kampung Kok Keli 1, s emalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia