Harian Metro

30 karya pelukis muda laris

-

Kuala Lumpur: Muda, berbakat dan berkerjaya.

Personalit­i itu dilihat melengkapk­an latar belakang pengkarya muda tempatan yang memilih kerjaya sepenuh masa sebagai pelukis.

Muhammad Haziq Syawal, 24, mengucapka­n syukur apabila 30 karya dihasilkan­nya sebelum ini laris dalam semua pameran yang disertainy­a.

“Sebagai pendatang baru dalam dunia seni lukis tanah air, masih banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari untuk menjadikan saya sebaris dengan pelukis kontempora­ri negara.

“Saya juga belum bersedia meletakkan harga tinggi bagi setiap karya dan ia di atas budi bicara penganjur,” katanya yang ditemui pada pameran New Comers #2 di Artiseri, Hotel Seri Pacific, di sini, semalam.

Selain Muhammad Haziq, pameran New Comers #2 menggabung­kan tenaga lima lagi pengkarya muda yang terdiri daripada Azizi Saad, Azizul Nasir, Mohamad Faiz, Mohamad Farhan dan Abdul Fatah Ali.

Pameran yang bermula sejak 19 Disember lalu dan berakhir pada 4 Januari 2018, menampilka­n 16 karya lukisan seperti Baku#1 Penantian hasil karya Mohamad Faiz, Stepping into the Unknown (Abdul Fatah), The Vehemence Tick 1 (Muhammad Haziq), Sempadan (Azizul), Survival 5 (Azizi) dan Seperti Pungguk Rindukan Bulan (Mohamad Farhan).

Menurut Muhammad Haziq, pembukaan studio Tuah X Kachang empat tahun lalu di Seksyen U12 Shah Alam, membolehka­n dia berkarya dengan lebih bebas bersama rakan seperjuang­an.

Bagi graduan sarjana jurusan seni halus Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Abdul Fatah Ali, 26, pula berkata, dia banyak menghasilk­an karya yang menceritak­an sisi peribadiny­a dalam pameran berkumpula­n ke-4 ini.

“Karya Angels & Demons menyimpan pelbagai emosi yang saya lahirkan menerusi permainan warna biru, kuning dan hitam,” katanya.

Menurut Abdul Fatah, dia masih baru dalam lapangan seni lukis dan berharap pengalaman yang dimiliki mampu meletakkan dirinya sebaris dengan pelukis ternama negara.

“Meskipun setiap lukisan dijual pada harga RM5,000 ke RM6,000 tetapi saya tidak boleh mendabik dada kerana masih ramai artis baru yang lebih bagus dan berkeboleh­an,” katanya yang bakal membuka studio di Jalan Othman, Petaling Jaya.

 ??  ?? AHLI Lembaga Pengarah Balai Seni Negara, Philip Wong merasmikan pameran seni New Comers#2 bersama barisan pelukis (dari kiri) Azizul, Muhammad Haziq dan Abdul Fatah.
AHLI Lembaga Pengarah Balai Seni Negara, Philip Wong merasmikan pameran seni New Comers#2 bersama barisan pelukis (dari kiri) Azizul, Muhammad Haziq dan Abdul Fatah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia