Harian Metro

Terlepas tali gantung

- Fuad Hadinata Yaacob hadinata@hmetro.com.my

 Warga Australia bebas tuduhan edar dadah methamphet­amine di KLIA

“Saya gembira.” Itu luahan hati seorang wanita warga Australia yang dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan mengedar dadah jenis methamphet­amine seberat 1.5 kilogram (kg) pada 2014 oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Maria Elvira Pinto Exposto, 54, didapati tidak bersalah atas tuduhan berkenaan, sekali gus terlepas daripada hukuman gantung.

Sejurus keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ghazali Cha, ibu kepada empat anak itu tersenyum.

Pada 19 Disember 2014, wanita itu didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang atas tuduhan mengedar methamphet­amine terbabit.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Cawangan Pemeriksaa­n Penumpang 1 (CPP1), Balai Ketibaan Antarabang­sa, Terminal Utama Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, kira-kira jam 3.40 petang, 7 Disember 2014.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Ghazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan pembelaan wanita itu, antaranya tidak mempunyai pengetahua­n mengenai dadah yang ditemui dalam beg dibawanya.

Tertuduh transit di KLIA pada jam 4 petang, 7 Disember 2014 dari Shanghai, China untuk ke Melbourne, Australia.

Ketika di Shanghai, tertuduh menemui seorang lelaki dikenali Tega Collins yang menyerahka­n sebuah beg mengandung­i pakaian baru.

Wanita itu ke Shanghai kerana mahu menemui teman lelakinya yang dikenali melalui Internet sejak 2012.

Lelaki itu dikenali sebagai Kapten Danial Smith, didakwa berkhidmat dengan tentera Amerika Syarikat dan bertugas di Kabul, Afghanista­n.

Selain pakaian, beg itu juga didakwa mengandung­i dokumen berkaitan persaraan Danial Smith.

Bagaimanap­un, ketika melalui pemeriksaa­n di KLIA, pihak berkuasa mengesan dadah dalam beg berkenaan.

Pendakwaan dikendalik­an Nadiah Isa dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) manakala tertuduh diwakili lima peguam bela diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Sepanjang perbicaraa­n, lima saksi pembelaan dan tujuh saksi pendakwaan dikemukaka­n.

Sebelum ini, Maria Elvira bekhidmat dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Timor Leste.

 ??  ?? ELVIRA
ELVIRA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia