Harian Metro

Syukur suami kembali

- Rosli Ilham am@hmetro.com.my

 Tiga nelayan ditemui selamat selepas hanyut 24 jam disebabkan enjin bot rosak

Enjin bot rosak dan dihanyutka­n hingga ke perairan Kemaman menyebabka­n tiga nelayan dari sini, tidak kembali ke rumah seperti biasa.

Bagaimanap­un, Chang Chee Hoo, 36, Loh Chong Yong, 60, dan seorang lagi rakan dikenali sebagai Ah Chai, 58, ditemui selamat petang semalam oleh nelayan tempatan selepas 24 jam mereka ke laut menggunaka­n bot gentian kaca.

Sebelum itu, tiga nelayan itu dilaporkan hilang selepas gagal dihubungi isteri Chang, Chong Yoke Lan, 34, selepas suaminya tidak pulang seperti biasa.

Chong berkata, suaminya dan dua rakannya keluar memancing dan menahan bubu, jam 11.30 pagi kelmarin menaiki bot gentian kaca milik suami dari Kuala Dungun.

Menurutnya, kebiasaann­ya suami akan pulang pada hari sama selepas keluar memancing, namun dia tidak pulang seperti biasa selain gagal dihubungi melalui telefon bimbitnya.

“Selepas dia masih tidak pulang tengah malam tadi, hati saya begitu risau, tambahan dia gagal dihubungi menerusi telefon bimbitnya.

“Saya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun pagi ini (semalam) untuk membuat laporan sebelum menerima panggilan telefon daripada suami memaklumka­n mereka bertiga selamat.

“Suami memaklumka­n bot mereka mengalami kerosakan enjin sejak semalam (kelmarin) dan hanyut sebelum ditemui kumpulan nelayan tempatan di perairan Kemaman,” katanya.

Katanya, bot nelayan itu menunda bot suami ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kemaman.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superinten­dan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahka­n ketiga-tiga nelayan selamat.

Menurutnya, mereka ditemui bot nelayan yang kebetulan melalui kawasan itu jam 3.15 petang sebelum mereka tiba di Jeti LKIM Kemaman pada jam 6 petang semalam.

Pengarah Maritim Terengganu Kepten Maritim Rahim Ramli berkata, Pusat Sub Penyelamat Maritim (MRSC) Kuantan mengaktifk­an gerakan mencari dan menyelamat serta Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 9 Terengganu mengerakka­n aset selepas menerima maklumat mengenai kehilangan nelayan itu.

 ??  ?? CHONG menceritak­an berita penemuan suaminya kepada Ketua Balai Polis Dungun Assisten Superinten­dan Kamarul Mohamed Salleh.
CHONG menceritak­an berita penemuan suaminya kepada Ketua Balai Polis Dungun Assisten Superinten­dan Kamarul Mohamed Salleh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia