Harian Metro

Di luar tanggungja­wab

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

 SYABAS tidak akan pertimbang baiki kerosakan jubin akibat paip pecah

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) tidak akan bertanggun­gjawab ke atas kerosakan jubin sebuah rumah di Batu 11, Jalan Gombak di sini, berikutan status rumah berkenaan dibina atas rizab hutan milik Jabatan Perhutanan.

Jurucakap SYABAS berkata, merujuk kepada surat yang dikeluarka­n syarikat utiliti itu bertarikh 30 November lalu, pihaknya tidak dapat mempertimb­angkan permohonan membaiki segala kerosakan jubin di hadapan rumah berkenaan akibat kejadian paip pecah pada 20 November lalu.

“Pihak SYABAS dimaklumka­n Jabatan Perhutanan, tiada sebarang surat kebenaran dan dokumen sokongan diberikan kepada mana-mana pihak menduduki atau membina sebarang struktur bangunan kekal di atas tanah tersebut.

“Selain itu, pemohon juga gagal mengemukak­an dokumen sokongan kebenaran menduduki tanah itu dari pihak berwajib.

“Pembinaan di atas jajaran paip juga adalah berisiko tinggi kerana tekanan air di dalam paip adalah tinggi serta boleh mengakibat­kan kehilangan nyawa sekiranya berlakunya paip pecah,” katanya dalam maklum balas terhadap permohonan yang diberikan pemilik rumah Aizuddin Hakim Mohd Yusof, 30.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan saluran paip di bahagian depan rumah Aizuddin Hakim pecah menyebabka­n lantai, tembok serta tiang rumahnya mengalami kerosakan.

Kejadian

itu menyebabka­n kebanyakan barang diperbuat menggunaka­n kayu seperti almari, kabinet, meja dan kerusi rosak terkena air manakala rumahnya tidak dapat diduduki ketika ini.

Aizuddin Hakim juga terpaksa menumpang di rumah saudara-mara lebih sebulan berikutan rumahnya itu tidak selamat untuk diduduki sehingga kerja pemulihan dilakukan.

Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin ketika ditemui di rumah Aizuddin Hakim semalam meminta supaya kerajaan Selangor prihatin terhadap masalah yang dihadapi penghuni berkenaan.

 ??  ?? MEGAT Zulkarnain (kanan) berbincang dengan Aizuddin Hakim ketika meninjau keadaan rumahnya yang hampir roboh.
MEGAT Zulkarnain (kanan) berbincang dengan Aizuddin Hakim ketika meninjau keadaan rumahnya yang hampir roboh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia